Bekas Guru di Johor Dihukum Gantung Selepas Didapati Bersalah Edar Dadah

Jadikan sumber pilihan di Google
Bekas Guru di Johor Dihukum Gantung Selepas Didapati Bersalah Edar Dadah

Guru juga manusia biasa, ada melakukan kesilapan dan kesalahan. Tapi pernah anda terfikir, kesalahan apa paling teruk bagi seseorang guru boleh lakukan? Bagi seorang wanita ini, dia bukanlah melakukan kesalahan ketika mengajar di sekolah tetapi lebih teruk dari itu.

Menurut Berita Harian, Mahkahmah Kota Kinabalu telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati semalam kepada seorang wanita yang juga bekas guru sebuah sekolah swasta di Johor.


Tertuduh, Suhailah Abdullah telah ditahan pada 27 Mei 2013 di Terminal Dua, Lapangan Terbang Antarabangsa, Kota Kinabalu pada jam 11.50 pagi atas tuduhan mengedar dadah jenis syabu seberat 959.5 gram.

Dadah0
Gambar hiasan

Wanita berusia 44 tahun itu didakwa di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pada 17 Mac 2015, pertuduhan dipinda kepada hukuman lebih ringan selepas wanita itu mengaku bersalah di atas pertuduhan tersebut. Hukuman diringankan kepada penjara selama 14 tahun, lapor NST.

Namun pada  23 Jun 2107, Hakim Nurcahaya Arshad menjatuhkan hukuman gantung sampai mati selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. 

Guru Dadah
Sumber: Suara Sabah

Suhailah kelihatan tenang selepas hukuman dibacakan tetapi sebak sebaik dibawa keluar dari pintu mahkahmah. Dia dituduh mengedar dadah pada 27 Mei 2013 di Terminal Dua, Lapangan Terbang Antarabangsa, Kota Kinabalu pada jam 11.50 pagi.

Banyak pula kes kesalahan jenayah membabitkan warga pendidik semenjak dua menjak ni…

Baca: Guru Liwat Pelajar Tingkatan Dua Lebih 50 Kali di Kuarters Guru di Sarawak

Liwat

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Iqah Soffian
Semua tulisan Iqah

Family oriented dan sangat sayangkan kawan-kawan. Mengisi masa lapang dengan membaca komik dan melepak. Tak suka durian. Tembikai takpe! Suka warna merah dan sangat suka makan!

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Bekas Guru di Johor Dihukum Gantung Selepas Didapati Bersalah Edar Dadah
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/bekas-guru-di-johor-dihukum-gantung-selepas-didapati-bersalah-edar-dadah/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen