in

Hati-Hati! Inilah Akibatnya Tak Bersarapan & Kurang Minum Air, Wanita Terseksa Ada 2,000 Batu Karang

Sakit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalu kita dengar, tak kiralah nasihat daripada doktor ataupun ibu kita sendiri bahawa sarapan ialah meal paling penting yang kita ambil perlu dalam sehari.

Sebab kalau korang kerap sangat skip breakfast, kemungkinan besar korang akan jadi seperti Wang, wanita dari China ini yang mempunyai hampir 2,000 batu karang dalam hempedu! Alamak! 


 

Alami sakit yang melampau, doktor terkejut wanita ada 2,000 batu karang

Semuanya bermula apabila Wang yang berusia 29 tahun dari Guizhou, China ini dikatakan telah didiagnos alami sakit ulser perut hampir 6 tahun lepas, lapor WORLD OF BUZZ.

Disebabkan penyakitnya tu, Wang memang akan alami ketidakselesaan perut tapi pada hari kejadian, sakit yang dialaminya memang sungguh luar biasa sampai dia dimasukkan hospital. Dari sinilah baru doktor tahu yang Wang ada batu karang dan dorang terkejut gila bila tahu jumlah batu karang tersebut.

Lepas jalani pembedahan laparoscopy, doktor mengira jumlah batu karang dan mendapati mereka actually dah keluarkan 2,000 biji daripada hempedu Wang. Gilalah! 

Doctors Remove Over 2000 Gallstones From Woman Who Doesnt Eat Breakfast Drinks Less Water World Of Buzz 2
sumber: wob

 

Batu karang terbesar saiz 1 cm dan semua ini berpunca dari… 

Melalui pemerhatian doktor, batu karang terbesar yang mereka keluarkan bersaiz 1cm, manakala batu karang terkecil pula bersaiz 0.2cm dalam diameter.

Walaupun ada banyak perkara yang menyebabkan batu karang berlaku, berdasarkan kajian doktor, mereka mendapati yang semua ini terjadi disebabkan gaya hidup Wang yang tak sihat iaitu tak makan breakfast dan diet yang buruk. 

Doctors Remove Over 2000 Gallstones From Woman Who Doesnt Eat Breakfast Drinks Less Water World Of Buzz
sumber: wob

Tambahan lagi, Wang pulak sedang menganggur sekarang, jadi dia memang akan bangun lewat dan skip makan breakfast.

Menurut Wang, dia mengaku yang dia suka makan makanan berminyak dan pedas serta makan organ dalaman haiwan tetapi kurang minum air. Aduhai! Anyway admin pun tak tahu yang perkara-perkara ni boleh sebabkan batu karang ye!

Doctors Remove Over 2000 Gallstones From Woman Who Doesnt Eat Breakfast Drinks Less Water World Of Buzz 3
sumber: wob

Macam manapun, kata doktor perkara ni bukan first time berlaku. Yang paling penting, korang mestilah amalkan healthy lifestyle untuk elakkan benda ni daripada berlaku di masa hadapan.

Eat clean and stay healthy gaiss! 

Baca: Jual Buah Pinggang RM13,000 Untuk Beli iPhone 4, Sekarang Tak Pasal-Pasal Jadi Lumpuh!

Jual Kidney Beli Iphone

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.