in

Hati-hati! Dua Lelaki di Taiping Aktif Kegiatan Pukau Untuk Dapatkan Barang Kemas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hati-hati! Dua Lelaki di Taiping Aktif Kegiatan Pukau Untuk Dapatkan Barang Kemas

 
 
00:00 /
 
1X

Mudahnya orang sekarang mendapatkan wang! Selain daripada penipuan scammers dan samun secara terang-terangan, makcik-makcik yang gemar memakai gelang emas separuh tangan haruslah berhati-hati dengan taktik pukau ini.


Melalui perkongsian Wat Kamal Abas di Facebook, dua orang lelaki yang berpakaian kemas serta salah seorang daripadanya mengenakan kopiah didapati telah menjalankan jenayah pukau hingga menyebabkan seorang wanita kehilangan barang kemas bernilai RM13,000 di Taiping. 

Sumber: Facebook

Dua video rakaman daripada orang awam telah dimuat naik, yang mana video pertama telah didakwa berlaku di Kamunting, Perak pada November lalu. Manakala kejadian pukau di video kedua pula telah berlaku sekitar bulan Jun lalu di Batu Kurau, Taiping, Perak.

Berdasarkan video pertama, seorang lelaki berkopiah dan pembantunya dilihat sedang mendekati seorang makcik dan meminta wanita tersebut mengeluarkan barang kemasnya dan meletakkan ia ke dalam sebuah sampul coklat.

Seperti orang tak sedar diri, wanita tersebut tanpa paksaan telah menanggalkan rantai tangan dan cincinnya dengan bantuan lelaki berkopiah itu untuk dimasukkan ke dalam bekas sampul.

Selesai mengambil barang kemas daripada wanita malang itu, lelaki tersebut dilihat terkumat-kamit seperti sedang membaca mantera atau doa.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Pun begitu, tindakan perakam yang suaranya boleh didengar melalui rakaman tersebut telah dikecam netizen kerana tidak cuba membantu wanita malang berkenaan daripada terus disamun suspek. 

Sumber: Facebook

Ada betul juga cakap netizen tu. Daripada rakam dan tengok, ada baik juga bertindak untuk bantu makcik tu kan! 

Menerusi video yang kedua pula, anak kepada mangsa, Siti Nur Ain Razali telah berkongsi detik cemas apabila gelang emas ibunya yang bernilai RM13,000 telah disamun oleh lelaki yang sama dengan taktik pukau juga! Menjadi-jadi ni!

Menurutnya, gelang emas itu telah dimasukkan ke dalam sampul sebelum suspek menyuruh ibunya berjalan sebanyak tujuh langkah. Pada ketika itu, suspek telah mengambil kesempatan dengan menukar sampul berisi gelang emas dengan wang syiling bernilai RM1.60.

“Kau buang jelah kopiah tu orang tua kutuk oi! Gaya kemain lagi macam ustaz. Muka kau kami dah tahu. Hati-hatilah orang Batu Kurau ye,” tulis Siti Nur Ain yang sudah pun membuat laporan polis.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Kamal juga memberitahu, suspek yang terlibat dalam kedua-dua video merupakan orang yang sama cuma pembantunya saja yang berbeza-beza. Dia berharap supaya mereka yang bijak pandai dalam perubatan Islam dan tradisional untuk turut serta membantu dalam menangkap individu terlibat.

Sumber: Facebook

Dalam pada itu, rata-rata netizen di dalam entri tersebut juga berkongsi pengalaman yang serupa dan pernah dipukau oleh individu yang menggunakan modus operandi yang sama. Aih macam-macam! 

Sumber: Facebook

Diharapkan PDRM segera membanteras jenayah seperti ini daripada menular dengan lebih serius. Orang ramai juga diminta berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan penampilan luaran seseorang individu. Pakai kopiah pun boleh menipu tau! 

Baca: Dua Mangsa Dipukau Lelaki Konon Ingin Jual iPhone Dengan Harga Serendah RM600

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.