Hati-hati! 18 Jenama Mentega Ini Ada Bahan Penyebab Kanser!

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Semakin lama semakin ramai yang mula ada kesedaran nak menjaga kesihatan diri. Selain daripada exercise, pemakanan pun perlu dijaga. Tapi, sekarang ni macam susah pulak, sebab ada makanan yang kita selalu makan rupa-rupanya ada bahan berbahaya!

Menurut WORLD OF BUZZ, Hong Kong Consumer Council (Majlis Pengguna Hong Kong) dah jalankan analisa untuk 30 jenama mentega, marjerin dan vegetable oil spreads. Penemuan dorang memang memeranjatkan sebab kebanyakannya tak seperti yang ditulis dalam label.

 

Ada bahan penyebab kanser



Sebagai contoh, organisasi tu dah jumpa 410mg sodium per 100g dalam Lurpak Slightly Salted Organic Spreadable Butter Blended With Vegetable Oil iaitu 10 kali lebih dari jumlah yang dibenarkan.

Sumber: WOB

Bukan setakat tu je, berdasarkan analisa ada lagi 18 marjerin dari pelbagai jenama mengandungi bahan karsinogenik yang dikenali sebagai glycidol (epoxypropanol) dan Sunny Meadow Spread With Canola Oil pulak mengandungi bahan paling tinggi yang boleh menyebabkan kanser.

Sumber: WOB

Dalam satu analisa yang lain, 16 jenama marjerin ada kandungan 3-MCPD (3-monochloropropane-1,2-diol) yang disyaki ada bahan karsinogen jugak.

 

Senarai produk yang mengandungi bahan berbahaya

Ini senarai produk yang dijumpai mengandungi bahan kimia karsinogenik berdasarkan analisa yang dah dijalankan. Produk yang ditanda (*) bermakna turut mengandungi 3-MCPD.



  • MeadowLea Original Vegetable Fat Spread
  • Olive Grove Classic Mild Tasting 65% Less Saturated Fat Than Butter Edible Oil Spread / Fat Spread (*)
  • I Can’t Believe It’s Not Butter! Light Vegetable Oil Spread (*)
  • Sainsbury’s Lighter Butterlicious Made with Butter Milk (*)
  • Flora Light Spread (*)
  • Meiji Smooth and Soft (*)
  • Snow Brand Neo Soft Spread (*)
  • Flora Original Spread (*)
  • M&S Reduced Fat Olive Oil Spread Made Using Olive Oil (*)
  • Essential Waitrose Olive Spread- Reduced Fat Spread (45%) (*)
  • Belle Premium Vegetable Fat Spread Made With Sunflower Oil (*)
  • Earth Balance Organic Whipped Buttery Spread (*)
  • Tesco Sunflower Spread (*)
  • Sunny Meadow Spread With Canola Oil (*)
  • Lurpak Slightly Salted Organic Spreadable Butter Blended With Vegetable Oil
  • President Ambassador Salted Culinary Fat Blend (*)
  • Copha Vegetable Shortening Made With Coconut Oil (*)
  • Tablelands Butter Spread With Plant Sterols (*)
Sumber: China Press

 

Kurangkan pengambilan untuk kurangkan risiko

So, memandangkan tiada jumlah maksimum pengambilan harian yang disyorkan untuk glycidol, doktor menasihatkan pengguna untuk mengurangkan pengambilan supaya risiko mendapat kanser dapat dikurangkan.

Sementara tu, pengambilan 3-MCPD secara berlebihan boleh rosakkan organ dalaman dan sistem reproduktif lelaki! Siapa yang tak terkejut kan bila dapat tau antara jenama yang ada dalam senarai dah digunakan sejak dari kecil lagi.

Walau bagaimanapun, analisa ni dijalankan dekat Hong Kong, so tak pasti sama ada ianya boleh diguna pakai untuk jenama sama yang ada di Malaysia. Harap-harap tak!

Nampaknya, kita kena tunggulah kenyataan dikeluarkan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Buat masa ni, bagus jugak kalau kita boleh kurangkan pengambilan produk yang telah disenaraikan.



Baca: Anda Akan Fikir Dua Kali Nak Makan Strawberi Lepas Baca Ni

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.