in

Anda Akan Fikir Dua Kali Nak Makan Strawberi Lepas Baca Ni

Page St

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Maybe semua pun dah tau disebabkan nak make sure buah yang dijual dekat kedai tu lawa dan segar, ia akan disembur dengan racun perosak nak bagi tahan lama dan nak elak daripada serangan serangga. Tapi korang mesti tak sangka ia akan jadi teruk macam ni!


Menurut WORLD OF BUZZ, dalam guidelines yang dah diterbitkan oleh Kumpulan Kerja Alam Sekitar (EWG), masih ada banyak sisa racun perosak yang ditemui dalam hasil tanaman secara konvensional walaupun ianya dah dikupas dan dibasuh. Werttt?!!

F1
sumber: blog

Basuh beberapa kali pun takde beza

So, kiranya korang basuhlah berapa banyak kali pun, dan kupas buah tu elok-elok tapi semua tu macam takde beza pun sebab masih ada racun di dalamnya. Serius ni!

Selepas analisa telah dilakukan ke atas beribu tanaman secara kovensional, ada 230 jenis racun perosak dan derivatif racun perosak yang dijumpai.

F2
sumber: blog

EWG pun dah keluarkan senarai 12 hasil tanaman terkotor dan 15 hasil tanaman terbersih untuk tahun 2018. Hasil yang dikategorikan ‘Dirty Dozen‘ telah dikaji dan mempunyai kandungan kepekatan racun serangga yang lebih tinggi dari hasil yang lain. Hasil tanaman yang dinyatakan ialah:

  1. Strawberi
  2. Bayam
  3. Nectarines
  4. Epal
  5. Anggur
  6. Pic
  7. Ceri
  8. Pear
  9. Tomato
  10. Saderi
  11. Kentang
  12. Sweet bell peppers

Siapa sangka kan, buah yang popular dekat Cameron Highland ni dapat nombor satu dalam kategori buah paling kotor! Tapi sebenarnya apa yang lagi mengejutkan ialah bila dianalisa, dalam satu sampel strawberi je dah ada 22 jenis racun dalam tu! Banyak tu, jangan main-main!

F3
sumber: wikipedia

Bukan tu je tau, sekurang-kurangnya ada satu jenis racun perosak yang dijumpai dalam lebih 98% daripada sampel buah strawberi, bayam, pic, nectarines, ceri dan epal. Oh my! Kalau korang nak tau, 90% epal yang diuji ada diphenylamine iaitu sejenis racun perosak yang dah dibanned di Eropah.

Giphy 15

Yang ni pulak kategori hasil tanaman yang terbersih atau ‘Clean Fifteen‘ untuk tahun 2018:

  1. Avokado
  2. Jagung manis
  3. Nenas
  4. Kobis
  5. Bawang
  6. Kacang manis yang dah dibekukan
  7. Betik
  8. Asparagus
  9. Mangga
  10. Terung
  11. Tembikai susu
  12. Kiwi
  13. Cantaloupes
  14. Cauliflower
  15. Brokoli

Selepas diuji, kurang dari 1% daripada sampel avokado dan jagung manis menunjukkan ada kandungan racun perosak sementara 80% daripada buah nenas, betik, asparagus, bawang dan kobis pula langsung tak ada sisa racun perosak. Fulamak!

Giphy 1 4

So, since korang tau mana hasil tanaman yang bersih dan kotor, korang fikirlah sendiri macam mana nak buat sebab racun perosak ni boleh beri kesan kepada kesihatan kita lagi-lagi kalau kita makan buah atau sayur tu dengan banyak dan selalu. Jadi digalakkan lah korang untuk memilih untuk makan hasil tanaman daripada kategori Clean Fifteen.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh check kat sini.

Alamak takutlah pulak! Buah strawberi dah lah favourite admin!

Baca: Wanita Berusia 50 Tahun Ini Berisiko Lumpuh Sebab Tak Makan Daging Selama 30 Tahun!

J

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.