in

Hasrat Lelaki Ke Majlis Pernikahan Tunku Aminah Tidak Kesampaian Selepas Meninggal Sehari Sebelum

Tunku Aminah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam selesai sudah istiadat Perkahwinan Diraja Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dengan pasangan pilihannya, Dennis Muhammad Abdullah dengan penuh gilang gemilang.

20707924 1917578741830510 5515631915249186236 N
sumber: the royal johor
20770405 1917743241814060 3535727784952127270 N
sumber: the royal johor

Perkahwinan yang dinanti-nantikan netizen itu dan rakyat Johor semestinya diraikan dengan meriah dan penuh kegembiraan. Namun disebalik kegirangan itu, ada insan yang sedang bersedih di atas kehilangan adiknya yang juga peminat setia Tunku Tun Aminah.


20770104 1571211089579258 3265198855933608043 N
sumber: facebook
20799073 1571211046245929 7657858514662334905 N
sumber: facebook

Apa yang lebih menyedihkan ialah hajat arwah untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut tidak tercapai kerana dia menemui ajal sehari sebelum majlis tersebut berlangsung. Aduhai…

Melalui perkongsian abang arwah, Rozaimy Qaisara di laman Facebook, Muhammad Aidil baru-baru ini mendapat jemputan dari Tunku Tun Aminah untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut.

20729714 1571082709592096 3466122250737805939 N
sumber: facebook
20729413 1571082782925422 4390050488514610621 N
sumber: facebook

Namun takdir menjanjikan sebaliknya…

“Sepatutnya hari ini adalah hari yang paling gembira buat adik. Bukan senang nak dapat invitation dari istana. Lagi-lagi jemputan perkahwinan YAM Tunku Tun Aminah.”

Malah arwah yang sangat teruja akan pernikahan itu sudah sedia membeli pakaian berupa baju Melayu yang dicubanya hampir setiap malam sebelum majlis tersebut berlangsung.

“Punyalah kau excited sampai tiap malam kau try baju Melayu. Punyalah minat sangat kau dengan Tunku Aminah.” 

“Tapi apakan daya Allah telah menjemput kau sehari sebelum majlis Tunku Aminah. Punah harapan kau adik. Apatah lagi kami sekeluarga bila lihat baju Melayu yang dah siap gosok tergantung dalam almari kau adik.” 

20799442 1571211126245921 1004821123955069275 N
sumber: facebook

“Allah lebih sayangkan adik dari kami semua. Moga adik tenang di sana. Al-Fatihah buat adik tersayang, Muhammad Aidil.” 

20708036 1568983469802020 8929698315833161145 N
sumber: facebook
20729165 1570536609646706 5795609928647307911 N
sumber: facebook
20708452 1569363726430661 3235793653003546898 N
sumber: facebook

Menurut Rozaimy, adiknya meninggal akibat kemalangan jalan raya. Dia juga meluahkan kesedihannya serta kerinduannya apabila melihat pakaian yang sepatutnya dipakai adiknya semalam dijumpai di dalam almari.

“Ya Allah! Selepas subuh tadi tergerak hati ini nak buka almari arwah. Tengok apa yang saya jumpa. Semua persiapan untuk majlis perkahwinan Tunku Aminah dan sedia. Tapi… adik dah dijemput Allah sehari sebelumnya. Sebak tak terkata tengok baju Melayu ni. Really missed one of my horsemen, Muhammad Aidil!” 

20799283 1571082819592085 2508105205036908588 N
sumber: facebook

Semoga roh arwah dicucuri rahmat-Nya. Harap keluarga arwah juga tabah menghadapi dugaan ini…

Baca: “Untung kau dapat bini macam aku. Steady sayang kat kau biarpun kau 7 kaki kat bawah…” 

Sayang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.