Sesiapa yang pernah kehilangan kucing sahaja akan merasai betapa sakitnya untuk menerima bahawa mereka sudah tiada di sisi.
Lebih sakit apabila kucing itu hilang tanpa sebab dan mungkin sesat tidak jumpa jalan pulang ke rumah. Tentu-tentu kita akan sering overthinking ataupun merenung memikirkan nasib kucing kesayangan kita yang mungkin sedang ketakutan dan lapar kerana ketiadaan makanan.
Tapi kalau jumpa balik tu mungkin boleh dikatakan nasib baik kan? Seperti yang berlaku baru-baru ini, tular di media sosial seorang gadis yang berkongsi video mengenai situasi bersama kucing kesayangannya.
Gadis bertemu kucing kesayangan selepas setahun berpisah
Video yang berdurasi 56 saat itu telah dikongsikan di laman TikTok yang memaparkan situasi seorang gadis yang bertemu jalan noktah apabila menemui semula kucingnya yang telah hilang sejak tahun lepas.
@ferrerorocherinfridge I finally found my cat after a year plus. She still remembers me, 🥲 My Pandora. Alhamdulilah 🤲🏻 #fyp #missingcat #pecintakucing
“Akhirnya saya jumpa kucing saya selepas setahun lebih menghilang. Dia masih ingat saya. Pandora saya. Alhamdulillah.”
Menerusi video itu, gadis tersebut telah kehilangan kucing kesayangannya sejak tahun lepas dan menjumpainya di sebuah kedai makan selepas ada seseorang telah memberitahu kepadanya bahawa mungkin kucing tersebut adalah kucing yang dicari oleh gadis itu sejak lamanya.
“Dia takut dengan orang tapi bila tengok kolar, dia mungkin kucing saya jadi saya mula panggil namanya.”
Akhirnya, gadis itu mendapati bahawa kucing tersebut adalah memang kepunyaannya dan bersyukur bahawa pertemuan itu telah menemukan noktah dan pengakhiran yang gembira untuknya.
“Memang betul ia adalah Pandora. Sudah besar dah dia.”
Netizen sekali terharu, bersyukur sudah di pangkuan semula
Video tersebut meraih perhatian netizen dimana rata-rata daripada mereka turut sebak apabila tuannya dipertemukan semula dengan kucingnya selepas setahun dan dilihat dalam keadaan sihat.
Min pun sekali sebak weh!