in

“Mungkin dah bosan jadi oyen” – Netizen Terhibur Gelagat Kucing Bertukar Biru, Padahal Baru 2 Hari Kena Tinggal!

Vf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Si pencinta kucing sahaja yang boleh faham macam mana nak handle anak-anak bulu ini sebab tak semua kucing ini perangainya sama. Mahu kalau dapat yang jenis kuat bermain dan nakal ni, memang dah kena reda awal-awal la orang kata!


Lebih-lebih lagi apabila kita antara yang membela kucing berwarna oren atau panggilan sinonim yang sering dipanggil iaitu Oyen dimana ragam dan kerenahnya ni sangat unik daripada kucing-kucing lain di luar sana. Betul tak?

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan seekor kucing yang berwarna oren telah bertindak melakukan suatu perkara yang boleh buat korang terhibur dan tepuk dahi la!

Baru tinggalkan 2 hari, kucing Oyen bertukar biru!

Video berdurasi 6 saat itu telah dikongsikan di laman TikTok yang memaparkan keadaan seekor kucing iaitu Oyen yang telah ‘berubah’ warna kepada biru dan mengejutkan tuannya yang dikatakan baru tinggalkan si bulu itu selama dua hari sahaja.

@nunazmannn

dah penat jadi oyen ke ? #oyentoavatar

♬ DisinisanaOyen – BULB

“Baru dua hari tinggal dah jadi Avatar.”

Menerusi video tersebut, wanita itu mengatakan bahawa kucing itu sering berkeliaran di tangga tempat kerjanya dan mengambil inisiatif untuk memberi makan kepadanya setiap hari.

Menurutnya juga, kawasan tempat kerjanya sangat berdekatan dengan sebuah kedai yang menjual cat dan kemungkinan besar ia menjadi punca utama keadaan Oyen tersebut bertukar warna.

“Sebaris workplace kite ni ade kedai cat. I donno dia buat ape, tapi dah try mandikan dia. pastu dia kucing liar susah nak sental bagi bersih.”

Individu turut kongsi video sebelum kejadian

Wanita ini juga turut berkongsi video yang kedua memaparkan keadaan kucing sebelum dia pergi bercuti dan meninggalkan si bulu itu selama dua hari.

@nunazmannn

before,

♬ Cute – Tik Tok

“Ini keadaan oyen before I pergi holiday haritu. Harini start work balik and tengok-tengok udoh colour biru. Salah saya ke? Oyen yang bersalah.”

Netizen geli hati lihat gelagat oyen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat kucing tersebut dan ada juga yang meminta wanita tersebut untuk mandikan secepat mungkin kerana khuatir mungkin boleh memberi kesan kepada kesihatan kucing itu.

Screenshot 2022 09 15 At 2.12.24 Pm

Screenshot 2022 09 15 At 2.12.38 Pm

Screenshot 2022 09 15 At 2.13.09 Pm

Macam mana la si oyen boleh bertukar biru… Harap bukan ada orang aniaya sudah.. Yang penting kucing oren ni memang unik!

Baca: “Sedihnya tengok” – Wanita Pelihara Kucing Hilang Dua Kaki Raih Simpati Netizen

Screenshot 2022 09 15 At 2.16.23 Pm

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.