Waktu nak berhutang senang je kan mintak sana-sini. Korang kena ingat, kawan tu dah cukup baik tau dah nak kasi pinjam duit. Kira berhutang budi tu! Tapi kenapalah ada orang yang sanggup tak nak bayar balik bila kawan tuntut hutang.
Orang tu sanggup kasi pinjam duit sebab percaya kat kita. Tapi kita tak nak bayar pulak. Sedih tau kalau macam ni. Malah, ada orang sampai sanggup buat sesuatu diluar jangkaan hanya sebab hutang, sama macam lelaki di Lahad Datu ni.
Menurut Harian Metro, seorang lelaki maut di Simpang Taman Warisan 4 kerana lehernya ditetak menggunakan senjata tajam selepas menuntut hutang daripada seorang rakan.
Leher dikelar lepas minta hutang RM300
Dalam kejadian jam 1.25 tengah hari semalam, lelaki bernama Fazrin Ibrahim telah meninggal dunia kerana ditetak menggunakan parang pada lehernya. Menurut adik ipar mangsa, suspek bernama Kajan telah berhutang dengan Fazrin.
Kajan dikatakan bertindak mengelar leher mangsa dengan parang barong setelah lelaki tersebut menuntut hutang sebanyak RM300 yang dipinjamnya.
Serang dari tempat duduk belakang, leher mangsa hampir putus
Adik ipar mangsa yang pada ketika itu tidur dalam kereta mendakwa dia terjaga kerana pergerakan agresif yang dilakukan suspek secara tiba-tiba. Suspek pada ketika itu dikatakan berada di tempat duduk belakang semasa bertindak menyerang mangsa.
“Ketika kejadian, suspek berada di dalam kereta di bahagian tempat duduk belakang lalu menyerang mangsa dari belakang menggunakan parang jenis barong,” kata Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Hamzah Ahmad.
“Akibat kejadian itu, leher mangsa hampir putus, manakala adik ipar mangsa turut cedera luka di jarinya.”
Kereta hilang kawalan dan terbabas tepi jalan
Selepas suspek tiba-tiba bertindak agresif, Fazrin hilang kawalan kereta dan terbabas di tepi jalan berdekatan taman perumahan di Taman Warisan. Waktu tu Fazrin dan adik iparnya ambil peluang larikan diri. Suspek terus kejar Fazrin dan berjaya dapatkan lelaki yang berusia 30 tahun tu.
“Budak tu tak lari jauh sebab waktu dia berpaling, dia nampak abang ipar dia dah ada atas tanah,” kata Hamzah.
Waktu dijumpai, adik ipar mangsa sedang menangis di sebelah abang iparnya yang berlumuran darah sambil meminta pertolongan orang awam.
Suspek kini diburu polis
Suspek melarikan diri dari lokasi kejadian dan kini sedang diburu pihak polis. Polis sedang giat mengesan suspek menggunakan unit anjing pengesan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Time nak berhutang tu laju je kan. Sekarang dah liat nak bayar, sanggup dia bunuh kawan sendiri. Kalau boleh elakkan berhutang supaya tak jadi benda tak diingini macam ni ye.
Baca: Seminggu Diculik, Remaja 17 Tahun Dirogol Berkali-kali Kerana Kekasih Tak Bayar Hutang