in

“Hanya orang munafik tak tunai janji!” – Pemuda UMNO

Ft 41

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semasa sidang parlimen semalam, pihak pembangkang dah mula persoalkan kebolehan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam menepati janji 100 hari manifesto mereka. Mengakui yang PH tak mampu nak tunaikan janji tersebut, Tun M berkata perkara ni susah untuk direalisasikan sebab fokus utama mereka ialah untuk banteras rasuah dan mendapatkan semula wang yang hilang sebelum ni. Hmm banyaknya kerja! 


Macam manapun, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata kalau PH tak dapat tunaikan janji 100 hari tersebut, mereka kenalah buat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia, lapor MMO.

Asyraf Wajdi Dusuki
sumber: wob

Ini apa yang beliau cakap,

“Barisan Nasional (BN) jatuh kerana janji-janji yang mereka buat kepada rakyat. Ini adalah kempen dan ikrar mereka jadi mereka kena tunaikanlah.” 

Asyraf buat statement ni berdasarkan komen penulis buku manifesto, Wan Saiful Wan Jan yang mana beliau kata pemimpin PH kenalah ada keberanian untuk mengaku yang memang susah untuk tunaikan janji yang ditulis dalam buku tersebut.

Buku Harapan 08032018
sumber: mmo

Dalam pada tu, Asyraf jugak bersetuju dengan kenyataan Tun Mahathir yang mengatakan manifesto ni bukan Al-Quran atau buku Bible. Namun beliau percaya yang setiap janji haruslah dikotakan.

Dalam mana-mana agama, bila sebuah janji dibuat, ia mestikan ditunaikan. Dalam konteks Islam, seseorang yang tak tunaikan janji adalah orang yang ‘munafik’ (hipokrit),” katanya lagi.

Fuhhhh pedas tu! 

Apa-apapun mestilah rakyat berharap yang janji manifesto 100 hari ni dapat dikotakan mengikut waktunya, namun kita jugak kenalah ingat yang kerajaan perlu diberi ruang dan masa untuk menunaikan janji-janji mereka. Lagipun belum lagi 100 hari kan? 

Korang rasa mampukah manifesto 100 hari PH dicapai seperti yang dijanjikan? Kongsi pendapat anda dengan kami! 

Baca: “Nampaknya PH tak mampu hapuskan tol” – UMNO

Ph

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.