“Nampaknya PH tak mampu hapuskan tol” – UMNO

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Rakyat berasa lega bila kerajaan umumkan potongan 50% kadar tol untuk tempoh dua hari sebelum menjelangnya hari Raya Aidilfitri.

Tapi nampaknya UMNO tersenyum lebar kerana pengumuman tersebut dikatakan menunjukkan Pakatan Harapan (PH) baru menyedari kesilapan dalam manifesto mereka.

“Kenyataan bercanggah dengan manifesto PH untuk menghapuskan tol di seluruh negara pasti membebankan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan menggunakan lebuh raya untuk perjalanan jauh.”

Menurut Free Malaysia Today, UMNO berkata akhirnya PH menyedari janji penghapusan tol tidak realistik dan sukar untuk dilaksanakan.

Sumber: Blog

Unit Komunikasi Strategik UMNO berkata adalah kerugian besar kepada pemegang konsesi dan kerajaan untuk menghapuskan tol bagi tempoh yang singkat kerana membabitkan bon dan sukuk berjumlah RM53 bilion.

“Oleh itu, bagaimana kerajaan mampu menanggung perbelanjaan bagi melunaskan hutang dengan syarikat konsesi ini, yang ada antaranya baru memulakan kutipan bagi membiayai kos pembinaan lebuh raya mereka?”

“Apakah masa depan pembinaan lebuh raya lain, misalnya lebuh raya bertingkat Ulu Klang-Sungai Besi (SUKE) kendalian firma Prolintas mampu diteruskan tanpa kutipan tol?”

Sumber: NST

Menurut Berita Harian, UMNO juga mendakwa mengurangkan hanya sekadar 50%, tidak selari dengan perjanjian untuk menghapuskan tol seperti yang terkandung dalam manifesto dan hal ini mengecewakan rakyat.

“Kerajaan PH tidak wajar gula-gulakan rakyat dengan janji penghapusan tol semata-mata untuk meraih undi, sebaliknya tunaikan setiap inti pati manifesto mereka tanpa alasan dan helah politik.”

Selain itu, UMNO mengatakan PH akan tercari-cari jawapan dari segi implikasi kewangan kepada kerajaan dan pemegang konsesi sekiranya tol dihapuskan lagi-lagi dalam keadaan pasaran saham yang merudum, penurunan berterusan nilai ringgit dan penarikan keluar modal asing sekarang.

“Carilah ubat kepada strategi ‘membuka pekung di dada ini’ kerana ia ternyata membuat pelabur luar berfikir banyak kali untuk menanam modal di negara yang pentadbirannya masih caca merba atau ‘failed state’ ini.”

Oklah sebagai permulaan dapat 50%. Masa zaman BN lagi bertambah adalah…

Baca: Wan Azizah Tak Kisah UMNO Masuk Pakatan, Asalkan…

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.