“Hanya merealisasikan rancangan produksi” – Zul Ariffin Jawab Isu Gambar Mesra Dengan Neelofa

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Semua pun sedia maklum bahawa kini Zul Ariffin sedang berganding dengan Neelofa di dalam sebuah drama bersiri Ti Amor Sweetheart 100 Hari dan ramai yang tidak sabar untuk menonton lakonan mereka berdua di kaca televisyen.

Baru-baru ini, pengarah Michael Ang telah berkongsi gambar pelakon sado dan cantik ini di akaun Instagram ketika sedang menjalani penggambaran di luar negara. Gambar mereka berdua yang kelihatan sangat mesra dan terlalu rapat telah mencetuskan pelbagai kontroversi.

Sumber: Instagram

Ramai yang tidak setuju dengan Neelofa yang membawa imej seorang muslimah dan berstatus Hajah tetapi berani melakukan adegan berpelukan dengan pelakon lelaki berkenaan. Selain itu, ramai yang membuat spekulasi mungkin ada sesuatu antara mereka kerana kelihatan sangat mesra dan selesa bersama.

Sumber: Instagram

Namun begitu, menurut mStar, Zul Ariffin menjelaskan bahawa situasi tersebut adalah kehendak produksi. Walaupun dia akui situasi seperti itu menjanggalkan, tetapi sebagai seorang pelakon, dia dan Neelofa haruslah bersikap profesional bagi mendapatkan hasil yang terbaik buat penonton.

Sumber: Instagram

Pelakon yang berusia 32 tahun itu juga berkata mereka terpaksa menunjukkan kemesraan seolah-olah sudah mengenali satu sama lain bertahun-tahun bagi merealisasikan semua yang telah dirangka untuk drama tersebut.

“Ia boleh jadi janggal, sedikit memalukan tetapi pada akhirnya ia berkenaan menghasilkan sesuatu yang bukan sahaja ‘sweet‘, dipercayai dan menyakinkan penonton tetapi merealisasikan apa yang telah produksi rancangkan.”

Sumber: Instagram

Ujar Zul lagi, setiap babak yang dilakonkan bergantung kepada kerjasama antara mereka sebagai satu pasukan dalam mempersembahkan sesebuah karya kepada penonton. Sejak gambar mereka tular, ramai yang tidak sabar menanti drama ini serta ada juga yang mendoakan agar Zul Ariffin dan Neelofa bertemu jodoh kelak.

Baca: “Berfesyen pun, aurat tetap aurat” – Neelofa Ditegur Jangan Ambil Mudah Soal Pemakaian

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.