Hanya Isteri Pertama Layak Dapat RM50 Sebulan Daripada PH

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kalau dulu, TPM yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ada cadang caruman KWSP untuk isteri yang tidak bekerja dan cadangan tersebut tak mendapat persetujuan golongan suami, kali ni nampaknya cadangan ini akan menjadi kenyataan tak lama lagi.

Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menerusi Twitter memberitahu yang janji suri rumah dapat caruman KWSP dalam tempoh 100 hari ni akan dilaksanakan tak lama lagi. Menurut Projek MM, hanya isteri pertama saja yang akan terima caruman RM50 seperti dijanjikan kerajaan Pakatan Harapan. Wah! 

Sumber; Twitter

“Suami sepatutnya mampu memberikan nafkah kepada isteri kedua dan ketiganya. 

“Ini bukan elaun sara hidup, (caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) ini untuk tabungan dan dana kecemasan masa depan,” kata Wan Azizah di Dewan Rakyat.

Timbalan Perdana Menteri jugak menjelaskan cadangan manifesto ni hanya melibatkan suri rumah melalui caruman pekerja iaitu daripada suami 2% dan sumbangan kerajaan sebanyak RM50 sebulan. Caruman dalam akaun KWSP ni adalah sebagai tabungan kepada suri rumah kalau hadapi sebarang masalah yang tak diingini pada masa depan. 

Isu ini dibentangkan di Dewan Rakyat apabila seorang ahli Parlimen PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali nak tau tentang caruman buat isteri dalam poligami.

Sumber: Utusan

Wan Azizah juga memberitahu yang skim caruman ni akan dijalankan menerusi 3 fasa dalam tempoh 100 hari dari tarikh kemenangan PH pada 9 Mei lepas. Tapi pada 8 Jun lalu, beliau jugak ada jelaskan tentang akta melarang caruman suami diubah.

Tersenyum senanglah para isteri pertama ye. 

Baca: Madu-madu Pun Layak Dapat KWSP

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!