in

Madu-madu Pun Layak Dapat KWSP

Azizah Kwsp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi suami yang beristeri lebih daripada satu, berita ni mungkin satu nightmare bagi korang semua. Menurut Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, isteri kedua, ketiga dan keempat yang jadi suri rumah mungkin layak terima caruman 2% KWSP daripada gaji suami.


Perkara ni akan diperincikan dengan lebih teliti oleh TPM lepas mengadakan mesyuarat dengan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan pada pukul 3 petang Khamis ini, lapor Utusan Online.

Image 11
sumber: kosmo

“Kita tiada perincian terhadap suami berkahwin dua, tiga dan em­pat. Itu lainlah ceritanya sebab tujuan utama (pemotongan) adalah mengiktiraf isteri.

“Memang isteri-isteri itu kalau ikut hukum mereka juga isteri. Ki­ta akan tengok perincian lebih baik mengenai hal itu,” kata Wan Azizah kepada media.

Tambah Wan Azizah lagi, caruman KWSP untuk golongan suri rumah ni tak melibatkan caruman tambahan. Akan ada potongan 2% daripada 11% caruman KWSP suami yang kekal seperti sebelum ni.

“Kita tak tambah pun, kekal dengan dua peratus dan potongan ini bertujuan sebagai pengharga­an kepada isteri. Apa salahnya?” katanya. Takkan untuk isteri sendiri pun kedekut kan? 

4405352761001 5773868123001 5773861389001 Vs
sumber: the star

Sebelum ni, cadangan yang diutarakan Wan Azizah yang jugak selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah ditentang habis-habisan oleh golongan suami kerana berpendapat ia akan ‘menyusahkan’.

Haa macam mana? Nak tambah isteri lagi tak abang-abang kat sana tu? 

Baca: “Gaji suami adalah milik sendiri, bukan isteri” 

Kwsp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.