in

“Hanya beri keterangan” – Siti Sarah Dan Shuib Dipanggil SPRM, Didakwa Terlibat Isu Penggubahan Wang Haram?

Aa 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasangan selebriti terkenal, Siti Sarah dan Shuib terpalit dengan kontroversi yang mendakwa mereka dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Mereka yang juga menceburi bidang keusahawanan dan mempunyai pelbagai jenis perniagaan ini dipercayai terlibat dengan kes penggubahan wang haram membabitkan perniagaan air.

A1 1

Memetik Utusan Malaysia, pasangan selebriti itu hadir semalam ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya untuk diambil keterangan membabitkan kes tersebut.

Namun setakat ini, siasatan masih dijalankan dan beberapa individu termasuk selebriti lain yang mempunyai kaitan dengan kes tersebut mungkin akan dipanggil.

“Masih tidak dapat pastikan sama ada mereka akan ditahan atau pun tidak memandangkan proses merakam keterangan masih berjalan,”

 

“Hanya beri keretangan” –  Siti Sarah

Menerusi akaun Instragram Siti Sarah, dia ada berkongsi satu posting yang menunjukkan dia bersama suaminya berada di hadapan pejabat SPRM.

Katanya, mereka berdua hadir hanya untuk memberikan keterangan dan menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

“Alhamdulillah syukur …kami dipanggil hanya untuk memberi kerjasama dan menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat malaysia @shuibsepahtu

 

Apa-apa pun kita doakan yang terbaik untuk mereka. Bukan senang nak jadi usahawan ni. Yang penting kena kuat dan teruskan usaha.

Baca: “Saya tidak sengaja” – Isu Hina Orang Asli Dalam Video Promosi Syampu, Siti Sarah Mohon Maaf

A 2

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.