in

“Saya tidak sengaja” – Isu Hina Orang Asli Dalam Video Promosi Syampu, Siti Sarah Mohon Maaf

Bb 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada Sabtu lalu, tular satu video Tiktok yang dikongsikan di Twitter memaparkan penyanyi terkenal, Siti Sarah Raisuddin mempromosikan sejenis syampu bersama Pengarah Syarikat House of Ridz Okumura Sdn Bhd, Ridzo Okumura.


Dalam video pendek tersebut dikatakan Siti Sarah telah mengatakan yang semua orang perlu mencuba produk tersebut walaupun bagi mereka yang berhijab kerana jika tidak rambut akan menyerupai orang asli.

B 5

Ekoran itu, Siti Sarah menerima pelbagai kecaman dari netizen kerana didakwa telah menghina orang asli dan tidak menjaga sensitiviti kaum.

Terbaru, Siti Sarah telah mengemukakan permohonan maaf dan mempertahankan dirinya yang sentiasa menjaga etika dalam setiap perbuatannya.

“Saya amat berharap permohonan maaf ini diterima kerana ia bukanlah sesuatu yang disengajakan”

“Saya mohon isu ini tidak akan diperbesarkan lagi dan kenyataan ini akan menjadi yang pertama dan terakhir daripada saya”

 

Saya maafkan Ridzo – Siti Sarah

Dalam penjelasannya, Sarah turut memberitahu dia telah menerima permohonan maaf Ridzo yang mengaku memuat naik video tanpa mendapat keizinan dirinya sehingga menjadi tular.

Sarah juga memaklumkan dia tidak pernah terlintas untuk menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, malah menghormati seluruh kaum di Malaysia.

B1 1 1

Video tersebut juga telah dipadam di Tiktok oleh Ridzo dan posting di Twitter juga turut dipadamkan oleh netizen.

 

Jadi, dengan permohonan maaf ini harap menjadi pengajaran untuk kita sentiasa berhati-hati dalam percakapan. Semua manusia akan buat kesilapan. Janji kita mengaku dan tidak akan mengulanginya lagi.

 

Baca: “Rambut dah rupa orang asli” – Siti Sarah Dikecam Lepas Promote Shampoo Dengan Menghina Orang Asli

Cats 4

Sumber: Twitter
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.