in

“Hanya 2 daripada 8 pintu kecemasan beroperasi” – Kecuaian Pihak Penganjur Jadi Punca Tragedi Kanjuruhan – Polis Indonesia

Kanjuruhan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lalu, industri sukan bola sepak dunia terutama sekali Indonesia dikejutkan dengan satu kejadian rusuhan di Stadium Kanjuruhan, Malang, Indonesia. Seramai lebih 130 nyawa disahkan terkorban dalam insiden ini termasuklah kanak-kanak.


Tribun Maut Stadion Kanjuruhan Saksi Bisu Tewasnya 125 Orang 3 169 E1665285605620

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Republik Indonesia (Polri), Inspektor Jeneral Dedi Prasetyo dalam satu kenyataannya berkata, rusuhan yang terjadi adalah kerana kecuaian pihak penganjur dalam menyediakan pelan kecemasan semasa perlawanan boleh sepak antara Arema FC dan Persebaya Surabaya.

Memetik sumber, ketika insiden, hanya dua daripada lapan pintu kecemasan yang dibuka. Malah, dua pintu kecemasan terbabit pula hanya digunakan untuk pertukaran pemain dan pegawai kelab Persebaya Surabaya.

“Jawatankuasa eksekutif (panpel) dan Presiden Pengarah Liga Indonesia Baru (PT LIB) tidak melakukan audit kecemasan,” katanya dalam satu kenyataan.

Susulan itu, pihak berkuasa Indonesia telah mengeluarkan enam nama suspek utama dalam insiden rusuhan tersebut iaitu Direktor Utama PT LIB, Ahkmad Hadian Lukita, Ketua Panpel Arema FC, Abdul Haris dan Suko Sutrisno (Security Officer) serta tiga orang awam.

51664678783 Freesize E1665285657475

Tidak cukup dengan itu, siasatan turut mendedahkan, seramai 20 anggota polis; 14 anggota Polis Daerah Jawa Timur dan enam anggota polis Malang didakwa melanggar kod etika semasa menjalankan tugas keselamatan.

Untuk rekod, insiden rusuhan di Stadium Kanjuruhan itu telah meragut sekitar 131 nyawa termasuklah kanak-kanak. Manakala ratusan yang lain pula dikejarkan ke hospital akibat kecederaan.

Sumber: CNN Indonesia

Baca: “Banyak bergelimpangan di tangga” – Saksi Tragedi Kanjuruhan Kongsi Pengalaman Ketika Di Stadiuma

Saksi Kanjuruhan E1665283424283

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.