in

Hantar Tugasan Dengan Tajuk Merapu, Pelajar Baru Perasan Lepas Email Pensyarah

Cats 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menyiapkan sesuatu tugasan di universiti bukanlah mudah seperti yang disangka, banyak perkara yang perlu diambil kira dan dikaji untuk dijadikan sebagai sumber rujukan dan hasil penulisan.


Lebih memilukan, para pelajar terpaksa belajar dengan sendiri dan lebih keras apabila kebanyakan universiti mengamalkan proses pembelajaran secara atas talian. Itu belum dicampur lagi dengan faktor persekitaran rumah yang kurang kondusif untuk dijadikan sebagai tempat belajar.

Bercerita tentang tugasan universiti, seorang pelajar wanita melalui pengalaman mendebarkan apabila dia secara tidak sengaja menghantar tugasan kepada pensyarah dengan tajuk yang merapu.

“Stupid f*cking paper that has no meaning”

4

2 1

3 1

Mungkin kerana terlalu stres semasa membuat tugasan, pelajar tersebut meletakkan tajuk dengan nama “tugasan bodoh yang tiada makna”. Namun, gurauannya itu memakan diri apabila dia terlupa untuk menukar semula tajuk sebelum menghantar tugasan kepada pensyarah.

Dalam video TikTok yang dirakam oleh rakannya, pelajar tersebut dilihat sedang gelabah dan hampir menangis kerana baru menyedari kesilapannya itu selepas menghantar email kepada pensyarah. Dah terlambat!

@hanspoet

don’t worry I gave her a hug after and her professor let her resubmit ❤️ #college #friends

♬ original sound – emma

Bagaimanapun, pelajar tersebut akhirnya memohon maaf kepada pensyarah terbabit dan meminta kebenaran untuk menghantar tugasan itu semula sebagai ganti.

@hanspoet

Pt. 2

♬ original sound – emma

Jangan lupa double check sebelum hantar tugasan tu!

 

BACA: Guru Silap Hantar Video ‘Kotor’ Ke Group WhatsApp Ibu Bapa Pelajar

Cats 1

Sumber: hanspoet
Sumber: hanspoet
Sumber: hanspoet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.