Tugas seorang guru bukanlah mudah seperti yang disangka. Ketika pandemik Covid-19 melanda dunia pada ketika ini, guru perlu bekerja lebih masa untuk memastikan setiap pelajar tidak ketinggalan ekoran banyak sekolah yang menggunakan kaedah Open and Distance Learning (ODL).
Namun, lain pula yang terjadi buat seorang guru ini apabila dia secara tidak sengaja terhantar video lucah ke kumpulan WhatsApp yang disertai oleh ibu bapa pelajar. Kejadian dilaporkan berlaku di Kintamani, Bali di Indonesia.
Lebih parah, video tersebut langsung tidak dipadam oleh guru terbabit selepas tempoh dua jam. Berang dengan tindakan tidak bermoral guru tersebut, ibu bapa pelajar bertindak melaporkan isu ini kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Bangli, Asisten Komisioner Sulhadi berkata, mereka telah pun mempertemukan guru tersebut bersama ibu bapa pelajar untuk sesi permohonan maaf. Guru terbabit mengaku tidak sengaja menghantar video lucah, yang disangka sebagai bahan tugasan.
Terang guru itu, ketika itu dia sedang menyiapkan video berkaitan tugasan lukisan untuk pelajarnya, lalu menghantar video tersebut ke kumpulan WhatsApp untuk tontonan ibu bapa. Namun, dia tidak sengaja menghantar video tidak senonoh itu.
Pihak polis yang mengendalikan kes tersebut menasihati para guru agar lebih berhati-hati ketika menghantar video ke kumpulan WhatsApp. Guru juga dinasihatkan agar tidak menyimpan bahan pornografi dalam telefon pintar masing-masing.
Sumber: Metro
BACA: “Kurang ajar betul” – Tak Serik-serik, Animasi Upin Ipin Dilucahkan Lagi Negara Jiran