in

“Hamzah mula cari bapa…” – Ali Puteh Kongsi Cerita, Selepas 4 Hari Anak Mula Tercari-Cari Arwah Abam

Hamzah Abam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Empat hari selepas pemergian Abam, masih ramai yang membanjiri kawasan perkuburan untuk menziarahi kubur arwah. Menurut adik Abam, Ali selain keluarga, rakan artis dan kenalan ramai peminat yang sanggup datang dari jauh untuk menziarahi kubur abangnya itu.


https://www.instagram.com/p/B8gNOxslUJ9/

Sudah tentu keluarga yang paling terkesan dengan pemergian Abam dan menurut Ali, balu arwah masih banyak mendiamkan diri namun anaknya, Hamzah sudah mula mencari bapanya, lapor Harian Metro.

Sudah hari keempat, kakak ipar lebih banyak diam. Begitu juga dengan anaknya yang tidak meragam. Dia sama macam Abam yang banyak diam.”

Cuma, dia sudah mulai tercari-cari sebab sampai sekarang rumah sentiasa dipenuhi orang menziarah. Dari pagi sampai malam. Mungkin dia pun hairan kenapa setiap hari ramai orang. Tapi, disebabkan dia masih kecil jadi tidak tahu apa yang berlaku.”

View this post on Instagram

Anak arwah abam???

A post shared by Jaydee Mohamad (@jaydeesm) on

Hamzah
sumber: instagram

Melalui Instagram, Fad berkata dia akan menjaga dan pastikan Hamzah atau nama sebenarnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan tidak kehilangan kasih sayang seorang bapa.

Pemergian Abam diibaratkan kehilangan yang besar dalam industri lawak tanah air dan banyak kisah-kisah kebaikan arwah mula diceritakan oleh rakan-rakan.

Keakraban persahabatan antara arwah bersama Fad dan Achey membuatkan ramai yang kagum dan turut berduka cita melihat kesedihan kedua-dua anggota Bocey itu.

Lobak Merah mendoakan agar ahli keluarga, rakan-rakan dan peminat agar terus diberi kekuatan untuk menghadapi kesedihan selepas pemergian arwah Abam. Semoga kisah kebaikan dan kemuliaan Abam ketika hayatnya dijadikan contoh, inspirasi dan tauladan buat kita semua.

Baca: “Nampak masa ni abam dah lain” – Kawan Baik Kongsi Video Terakhir Bersama Abam, Netizen Perasan Wajah Arwah Penat & ‘Berbeza Dari Biasa’

Abam 3 Hari Video

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.