“Nampak masa ni abam dah lain” – Kawan Baik Kongsi Video Terakhir Bersama Abam, Netizen Perasan Wajah Arwah Penat & ‘Berbeza Dari Biasa’

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kematian mengejut Abam Bocey atau nama penuhnya Syed Umar Mokhtar memang meninggalkan kesan yang mendalam kepada peminat industri hiburan Malaysia. Amal kebaikannya menjadi sebutan ramai sehingga hari ini walaupun arwah sudah meninggal beberapa hari lalu.

Mengimbau kembali kenangan bersama sahabatnya, rakan baik Abam, Pojie Pidon ada memuat naik video terakhirnya bersama arwah iaitu 3 hari sebelum Abam meninggal dunia di Instagram

 

“Aku abadikan kat sini… ni video terakhir kami bersama Allahyarham Abam” 

Menurut Pojie, video yang dirakam pada 7 Februari 2020 itu ialah ketika dia bersama Abam dan sahabat lain pulang bercuti dari Melaka ke KL. Video tersebut ialah kenangan terakhirnya bersama arwah Abam.

View this post on Instagram

Aku abadikan kat sini … ni video terakhir (7Februari2020) kami bersama Allahyarham #abam … masa ni kami otw blk KL dari melaka…plan asalnya kami nk balik hari je … tah mcm mne abam kata jom cari hotel … jadilah percutian sekejap …tak sangka ni percutian terakhir… sama2 sedekahkan Alfatihah…moga roh Allahyarham SYED UMAR MOKHTAR BIN SYED MOHD RIDZUAN @ ABAM BOCEY ditempatkan dikalangan org2 yg beriman InshaAllah 😭😢😭😢 . . Kami sayang kau bang … kau hargai kami mcm dah mcm keluarga 😭 . . #innalillahiwainnailaihirojiun #alfatihah #abam #abambocey #seharibersamaidola #hariharibersamaidola #setiapwaktubersamaidola #abang #kitabaikramaisayang #salamterakhir #belenggurindu

A post shared by 𝓜𝓸𝓱𝓭 𝓕𝓪𝓾𝔃𝓲 𝓑𝓲𝓷 𝓐𝓶𝓲𝓭𝓮𝓷 🚭 (@pojie.pidon) on

 

“Nampak sangat dia tak sihat… Maaf saya terperasan ada lekuk kat dahi arwah” 

Video tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengakui terlihat ‘kelainan’ pada wajah arwah. Abam di dalam video ni nampak penat, muram dan wajahnya seperti sangat berbeza daripada sebelum ini.

Arwah juga yang terkenal dengan sikap peramah dan gemar membuat lawak tidak banyak bercakap dan hanya memberitahu dia demam.

Sumber: Instagram

Apa-apapun admin yakin ramai kat luar sana yang masih teringat dan merindui pelawak ni kan? Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan bersama para solehin. Amin. 

Baca: “Kalau arwah Abam ada dia pasti sangat gembira dan teruja” – Lepas 3 Bulan, Isteri Ali Puteh Disahkan Hamil 6 Minggu

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!