in

Hampir 100 Pesakit Tak Tahu Mereka Positif Covid-19 Sebab Pegawai Kesihatan Silap Bagi Result

Silapresult

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasa risau juga, sebab kita sebagai orang biasa akan bergantung kepada mereka yang lebih arif untuk tahu keputusan yang sahih memandangkan Covid-19 ini ada kalanya tidak menunjukkan sebarang gejala.


Amat memeranjatkan apabila hampir 100 orang pesakit Covid-19 ini rupa-rupanya tak tahu mereka positif kerana Pihak Pergawai Perkhidmatan Kesihatan (HSE) Ireland telah memberikan keputusan yang salah.

 

Tersilap bagi result

Katanya, mereka sebelum ini telah menjalani ujian dah disahkan negatif namun begitu berlaku sedikit kesilapan.

Menerusi Mirror Online, ujian itu dilakukan pada 11 April lepas, katanya disebabkan tak dapat minta sampel baru dekat orang-orang dah pernah buat ujian kerana kekangan masa, ketika mereka buat keputusan untuk review semula keputusan itu mereka dapati berlaku kesilapan.

“Makmal Rujukan Virus Nasional mengkaji data ujian terperinci dari hasil ujian asal dan menguji semula sampel asalnya”

Dari situlah mereka dapat tahu bahawa ada sebenarnya positif Covid-19. Mendangkan sebelum ni mereka ‘disahkan’ negatif, pihak mereka kini sedang memaklumkan individu-individu terlibat.

Pihak berkuasa Ireland sudah ambil tindakan dan cuba untuk hubungi semula individu itu  dan memperjelaskan keadaan sebenar serta beri nasihat kesihatan dan sokongan yang diperlukan.

“Kami berpuas hati bahawa tidak ada pesakit lain yang terkena ralat ini. HSE meminta maaf atas kesalahan ini, dan setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan bahawa maklumat yang betul disampaikan kepada pesakit ini tanpa penangguhan.”

Haih nasib lah cepat bertindak kalau tak boleh merebak nanti makin teruk jadinya.

 

Baca : Sedih! Ini Cara Beberapa Negara Di Dunia ‘Uruskan’ Mayat Pesakit Covid-19

Coviddd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.