Ingat lagi tak dengan program realiti One In A Million (OIAM) yang pernah ditayangkan di 8TV? Masa tu program ni gempak jugalah dan ramai bakat-bakat baru menyertai sesi ujibakat mereka yang diadakan di serata negara ini.
Diadakan selama 3 musim, OIAM telah melahirkan penyanyi hebat seperti Suki (Juara 2006), Ayu Damit (Juara 2007-2008) dan Tomok (Juara 2009). Tapi korang tahu tak sebenarnya karier artis lain seperti Shila Amzah, Faizal Tahir, Alif Satar dan ramai lagi meletup hasil daripada program realiti ni?
Macam dah ingat, ingat lupa kan? Menerusi perkongsian TikTok El Saifuddin, dia telah membuat throwback dan menggabungkan beberapa klip video ujibakat artis-artis tersebut yang pada masa tu ‘nobody’ tapi sekarang sudah menjadi ‘somebody’ yang hebat.
Antaranya ialah Faizal Tahir, Alif Satar, Nine dan Billy Phyneballerz serta tak ketinggalan Hael Husaini yang menyerlah menerusi program realiti Akademi Fantasia 2013!
@imnotyourdaddy1903 Part 2 Edisi Penyanyi Lelaki ! #oiam #throwback #fy #foryou #fyp #foryoupage #foryourpage #malaysia #trending #viral #xyzbca
Waaah Hael pun masuk OIAM! Tak perasan langsung!
“What the Hael?? Lain betul muka dia!”
Rata-rata netizen yang melihat video TikTok tersebut macam tak percaya yang Hael pernah masuk ujibakat OIAM dan wajahnya pun lain beza dengan sekarang.
Malah pada ketika itu, kualiti persembahan Hael taklah sehebat sekarang. Dekat video atas tu korang boleh tengok sendiri reaksi Paul Moss macam mana bila dengar Hael nyanyi.
Apa-apapun macam tak percaya yang rancangan ni dah hampir berbelas tahun berlalu dan kebanyakan artis yang memasuki ujibakat program ni pun dah berjaya dah.
Keep up the good work Hael!
Baca: Demam 7 Hari Mencintaiku? #Throwback 5 Drama Pukul 7 Yang Pernah Digilai Ramai