in

Demam 7 Hari Mencintaiku? #Throwback 5 Drama Pukul 7 Yang Pernah Digilai Ramai

Drama Pukul 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau satu hari tak bercakap pasal Mia, Khuzairi, Mak Leha dan Nurul mesti korang tak boleh kan? Haa itu tandanya korang dah demam drama 7 Hari Mencintaiku yang sedang ditayangkan sekarang ni.


Bagi korang yang dah lama mengikuti slot Akasia kat TV3 yang ditayangkan pada pukul 7 malam ni, mesti korang masih ingat lagi drama-drama legend yang pernah ditayangkan di slot ni kan? 

Jom #throwback 5 drama pukul 7 yang pernah jadi fenomena satu masa dulu! 

 

1. Spa Q

Kalau korang tak tengok Spa Q, tu tandanya korang bukanlah die hard fans slot Akasia tau!

Spaqmusimpertama

Dibintangi Norish Karman, Betty Benafe, Azizah Mahzan, Elly Mazlein (yup Kak Lina Pom Pom pun ada dalam Spa Q ye!) dan ramai lagi pelakon yang berbakat, drama ni pernah jadi kegilaan golongan wanita di luar sana.

Drama ini berkisarkan kehidupan Qistina iaitu pemilik Spa Q dan pelanggan-pelanggannya. Apa yang best tentang drama ni ialah OSTnya dinyanyikan oleh Tokti dan Tokti juga pernah buat penampilan khas dalam season 2 drama ni. Kerlassss! 

 

2. Manjalara 

Bagi yang tak tahu, drama pertama yang ditayangkan melalui slot Akasia ialah Manjalara yang dibintangi Emelda Rosmila, Sheila Rusly, Jehan Miskin, Jue Aziz dan ramai lagi pelakon otai kita. 

Manjalara

Drama yang diarahkan Khabir Bhatia ni memang ada aura-aura telenovela sikit sebab ia diadaptasi daripada siri Venezuela bertajuk Mi Gorda Bella. Ia mengisahkan tentang Manja dan Lara, dua orang yang serupa tetapi mempunyai perwatakan yang berbeza.

OST drama ini yang bertajuk Satu Harapan telah dinyanyikan Jaclyn Victor yang tengah meletup-letup masa tu!

 

3. Adamaya 

Bila admin teringat balik drama ini, admin perasan yang Lisa Surihani pada 10 tahun dulu memang tak banyak berubah pun dengan Lisa Surihani yang sekarang. Masih comel dan manis orangnya!

Adamaya

Drama yang pernah jadi fenomena sekejap ni dilakonkan oleh Lisa Surihani dan Sein Ruffedge yang mengisahkan pancaroba yang dialami pasangan dalam sebuah perkahwinan di usia yang muda. 

Time ni Mia Sara masih kecil dan comel je budaknya. Tak sangka dah besar dah Mia sekarang ye! OST lagu ini yang bertajuk Yang Terindah dinyanyikan oleh Dakmie.

 

4. Nora Elena

Bermula daripada drama Nora Elena inilah populariti Siti Saleha mula mencanak-canak naik tambahan pula apabila dia bergandingan dengan Aaron Aziz sebagai hero. 

Diadaptasi daripada novel ‘Kasih Yang Suci’ karya Meen Zulaika, drama ini mencetuskan sedikit kontroversi apabila watak heroinnya telah berkahwin dengan lelaki yang pernah meragut kesuciannya semasa dahulu.

Noraelenabaru

Apa-apapun drama ini tetap jadi pilihan ramai dan admin pasti gegadis kat luar sana masih teringat kot macam mana dorang gilakan watak Seth Tan tu pada masa tu. Hiks! 

 

5. Ariana Rose 

Diadaptasi daripada sebuah novel terlaris di Malaysia, ‘The Wedding Breaker’ karya Evelyn Rose, drama ini juga pernah sensasi dan mendapat sambutan hangat daripada penonton.

Ariana Rose

Dibintangi Fathia Latiff, Keith Foo, Hisyam Hamid dan Nabila Huda, drama ini juga pernah terpalit dengan kontroversi yang sama seperti Nora Elena apabila watak utamanya berkahwin dengan perogol.

Apa-apapun OST drama yang dinyanyikan Dayang Nurfaizah iaitu ‘Di Pintu Syurga’ telah menjadi siulan ramai semenjak drama ini ditayangkan. Feeling-feeling sangat kan korang tu Ariana Rose yang bercinta dengan Tengku Adam! 

So yang mana satu favourite korang? Admin suka semua! 

Baca: “Muka acah alim!” – Ramai Bengang Dengan Watak Nurul Dalam 7 Hari Mencintaiku 2, Tapi Siapa Nurul ‘In Real Life’

Nurul

Sumber: Wikipedia
Sumber: Wikipedia
Sumber: Wikipedia
Sumber: Wikipedia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.