in

“Hadiah hari lahir terindah” – Rakyat Malaysia Tak Sangka Terpilih Jadi Tetamu Allah, Tunai Haji Masa COVID-19

Haji 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Inilah yang dikatakan rezeki dari Allah!


Seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi, Fawziya Mohamed, 38, tidak menyangka permohonannya untuk tunai ibadah haji pada tahun ini diluluskan negara tersebut ketika bilangan jemaah haji dikurangkan akibat penularan wabak COVID-19. 

Fawziya Haji

 

Menurut Al Hijrah News, Fawziya ketika dihubungi oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi berasa tidak percaya dengan ‘tiket emas’ yang diterimanya apabila dimaklumkan beliau terpilih menjadi tetamu Allah pada tahun ini.

Rezeki yang diterimanya itu disifatkan sebagai hadiah paling berharga sempena ulang tahun kelahirannya pada 28 Julai ini.

“Ini kali pertama saya akan menunaikan ibadah haji. Alhamdulillah. 

“Saya bersyukur kerana tidak fikir akan terpilih menerima peluang sekali seumur hidup ini,” katanya kepada Kementerian Media Arab Saudi.

Selain Fawziya, 7 orang rakyat Malaysia lagi telah terpilih untuk mengerjakan haji pada tahun ini dan mereka terdiri daripada pelajar dan pekerja di Jeddah, Madinah dan Riyadh. 

Menurut media Arab Saudi, negara tersebut telah mengehadkan bilangan jemaah kepada 1,000 orang tahun ni di mana 70 peratus jemaah ialah warga asing yang menetap di negara tersebut dan 30 peratus lagi untuk rakyat tempatan.

Ibadah haji pastinya dijalankan dengan norma baru pada tahun ini apabila jemaah perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Arab Saudi.

Semoga mendapat haji yang mabrur. 

Baca: Tiada Had Pengunjung Masa Raya Haji, Tetapi SOP Boleh Berubah Kalau Kes Meningkat Bila-Bila Masa 

Mail Sab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.