in

Tiada Had Pengunjung Masa Raya Haji, Tetapi SOP Boleh Berubah Kalau Kes Meningkat Bila-Bila Masa

51594723917 Ismailsabri 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Musim perayaan AidilAdha semakin hampir, bagaimanapun kerajaan masih belum membuat keputusan mengenai had pengunjung rumah pada musim perayaan tersebut pada 31 Julai ini.


Bagaimanapun, menerusi Astro Awani, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata SOP boleh diubah bergantung kepada perkembangan kes wabak Covid-19 ini.

 

“Buat masa ini tiada had ditetapkan namun keadaan boleh berubah mengikut keadaan semasa dan setakat hari ini (Khamis) tiada had lagi.”

51594723917 Ismailsabri

Kenyataan itu diberikan ketika sidang media harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan PKPP hari ini.

Pun begitu, SOP boleh berubah seandainya ada peningkatan kes yang mendadak dan mendapat nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandangkan negara masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) biarpun berada di dalam tahap pemulihan.

Ini kerana situasi baru-baru ini  menyaksikan peningkatan semula kes positif COVID-19 yang dilihat telah kembali kepada dua angka termasuk beberapa kluster baharu yang telah dikenal pasti.

 

Baca : TERKINI : Wajib Pakai Mask Muka Mulai 1 Ogos – Ismail Sabri

Ismailsabri

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.