in

“Habis cuti Covid-19 ni semua jadi barista” – Viral di Twitter, Ni Resepi Dalgona Coffee

Feature 2 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai yang mungkin tidak tahu nak buat apa sepanjang cuti dua minggu yang diberi oleh kerajaan sempena dengan perintah larangan pergerakan. Ada yang kemas rumah dan ada yang ajar anak-anak belajar.


Kali ini admin nak kongsikan satu resepi air kopi yang viral di Twitter dan Tiktok baru-baru ini. Korang boleh lah cuba buat ni kat rumah dah alang-alang takde buat apa tu kan. 

Kopi 3

Menurut pengguna Twitter, Mayomayo, kopi ini dikenali sebagai dalgona coffee.

Kalau nak tahu, dalgona merupakan sejenis manisan dari Korea Selatan iaitu dalgona sugar candy. Dalgona ini diperbuat daripada gula dan baking soda. 

Bahan-bahan yang diperlukan ialah: 

  • 1 sudu kopi (Mana-mana jenama boleh)
  • 1 sudu gula
  • 1 sudu air
  • Susu segar (Tak kisah jenama apa)
  • Ais

Cara penyediaan

  • Campurkan 1 sudu kopi, 1 sudu gula dan 1 sudu air ke dalam 1 bekas
  • Lepas tu, pukul ketiga-ketiga bahan tadi dengan mixer atau milk frother yang barista selalu guna tu sehingga pekat dan kelihatan agak berbuih
  • Tuangkan susu segar pula ke dalam gelas favourite korang dan jangan lupa letakkan ais
  • Akhir sekali, tuang campuran tiga bahan tadi ke dalam susu dan dah siap!

Kopi 1

Tips: Boleh juga kalau nak pukul ketiga-tiga bahan tersebut secara manual, cuma lenguh je lah nanti. Untuk susu dan kopi pula, boleh guna susu segar Fernleaf dan Nescafe.

Kopi 5

Kopi 6

Ramai yang kata mereka dah cuba resepi ini dan katanya memang menjadi dan juga sedap.

Lepas ni, admin nak pergi beli bahan-bahan untuk buat dalgona coffee ni. Selamat mencuba! 

 

Baca: “Starbucks kono belajar camno buek kopi dengan dia” – Ubahsuai Kia Sportage Jadi Mini Bar, Ramai Salute Dengan Abang Ni!

Kopi

Sumber: KL Foodie
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.