in

“Takut pulak nak minum” – Doktor Dedahkan Kemungkinan Ada Lipas Dalam Serbuk Kopi ‘Pre-ground’ Anda

Feature 2 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang doktor telah mendedahkan bahawa kemungkinan besar ada lipas dalam serbuk pre-ground kopi korang.


Doktor Karan Raj telah berkongsikan perkara tersebut menerusi TikTok sebab dia selalu berkongsikan info-info bermanfaat di platform itu. Katanya, jika anda sering membuat minuman itu dengan menggunakan biji kopi pre-ground, kopi terbabit mungkin mengandungi sumber protein dari lipas.

@dr.karanr

Coffee & cockroaches #coffee #bug #learnontiktok #schoolwithdrkaran #sciencefacts

♬ Steven Universe – L.Dre

Menurut Mirror UK, pre-ground coffee yang boleh didapati di kebanyakan kedai mempunyai lipas yang telah dihancurkan. Ini berlaku sebab kadang-kadang, lipas akan ‘menyerang’ biji kopi.

Selalunya serangga terbabit tak dapat diproses keluar sepenuhnya dari biji kopi.

Jadi, besar kemungkinan masih ada serangga yang terperangkap dalam biji kopi tadi. Katanya, bukan senang nak tapis balik biji kopi yang ada serangga ni so dorang akan panggang dan kisar je biji kopi tadi.

Kopi 1

Namun, jangan risau sebab doktor juga ada menjelaskan yang pihak berkuasa bahagian makanan mengatakan ada peratusan tertentu serangga yang dibenarkan dalam minuman kegemaran ramai ini.

Lipas juga ada banyak protein namun kalau kita ni allergic dengan lipas, lebih baik jangan minum pre-ground coffee ni.

Kopi 2
Gambar sekadar hiasan

Selain itu, Douglas Emlen iaitu profesor biologi di Universiti Montana turut menyokong teori berkenaan. Menurutnya, salah seorang profesor seniornya mengalami alergi dengan lipas sebab dia telah bertahun-tahun menjalankan kajian menggunakan serangga itu.

Profesor terbabit akan mengalami alergi teruk setiap kali menyentuh lipas dan dia juga menghadapi alergi yang sama setiap kali minum kopi yang dibuat daripada biji kopi pre-ground.

Setelah dikaji, profesor itu mendakwa kopi pre-ground diproses daripada timbunan kopi yang banyak dan ini menyukarkan pengilang untuk mengelakkan serangan lipas.

Dia juga mendakwa pada tahun 2009, Amerika Syarikat hanya membenarkan 10 peratus kandungan serangga dalam biji kopi. So, kalau tak lebih peratus ni, tak ada masalah pun kalau kita minum kopi. 

Baca: “Tak pernah terfikir pula” – [VIDEO] Buka Kedai Air Hispter, Gunakan Kicap Sebagai Ramuan Utama

Kopi

Sumber: TikTok
Sumber: ALODOKTER

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.