Kebiasaannya, untuk kelihatan segar pada waktu pagi terutamanya golongan yang bekerja di pejabat pasti akan minum kopi atau teh sebagai booster. Tetapi, dikatakan kandungan kafein dalam kopi dan teh boleh memudaratkan kesihatan.
Pun begitu, satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal PLOS Medicine mendapati bahawa minum kopi atau teh boleh membantu mengurangkan risiko nyanyuk dan terkena serangan strok. Berita ini telahpun dilaporkan oleh agensi berita United Press International semalam.
Menurut kajian itu, jika dibandingkan dengan mereka yang tidak meminum mana-mana teh atau kopi, didapati individu yang meminum dua hingga tiga cawan kopi, atau tiga hingga lima cawan teh sehari akan 20% kurang berisiko untuk terkena serangan strok atau menjadi nyanyuk.
Manakala, pengambilan kopi sahaja atau dicampurkan dengan teh (tanpa gula atau susu) turut dikaitkan dengan risiko selepas strok yang rendah atau gejala nyanyuk yang berlaku selepas strok sehingga 40%.
“Kajian kami mendapati bahawa pengambilan kopi dan teh yang sederhana dikaitkan dengan kurang berisiko untuk terkena serangan strok dan nyanyuk,”- kenyataan ditulis sekumpulan penyelidik dari Universiti Perubatan Tianjin, China.
Penyelidik menambah lagi, pengambilan kedua-dua minuman tersebut berkemungkinan mempunyai manfaat kesihatan bersama untuk mencegah sakit strok dan nyanyuk.
Tapi ingat ya…jangan minum secara berlebih-lebihan dan bukannya kopi atau teh yang dah bercampur macam-macam siap whipping cream, caramel drizzle upside down tu..nanti kalau tak nyanyuk, penyakit lain yang datang!
Sumber: Plos Medicine
Baca: “Baginda sendiri yg DM dkt IG” – Pemilik Gerai Minuman Terkejut TMJ Cemar Duli Singgah Beli Kopi