in

Hasil Tanaman Kopi Merosot, Pencinta Kopi Akan ‘Kopak’ Selepas Ini Sebab…

Kopi Mahal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah kajian yang dilakukan pada tahun 2021 mendapati, kira-kira 800,000 beg kopi 60kg digunakan di Malaysia, ini bermaksud penduduk Malaysia menggemari kopi dan ia boleh dilihat daripada budaya kita yang suka mengopi tidak kiralah di restoran mamak  ataupun di kopitiam.


Untuk pengetahuan semua, antara pengeluar terbesar kopi ialah negara Brazil iaitu kira-kira 35% daripada kopi di dunia dan jika pengeluaran mereka semakin perlahan, maka seluruh dunia akan terjejas.

Pexels Chevanon Photography 302899
Gambar hiasan

Merujuk kepada laporan Wall Street Journal, disebabkan cuaca yang tidak menentu (sejuk dan kemarau) tahun lepas, banyak ladang di negara tersebut mengalami kemerosotan dari segi pengeluaran.

Malah, tanaman bijian kopi arabika (biji kopi premium) dijangka berkurangan separuh daripada hasil biasa.

Bukan Brazil sahaja ya!

Pertubuhan Kopi Antarabangsa juga menyatakan bahawa penggunaan kopi global sekali lagi akan mengatasi pengeluaran dan harga biji dijangka meningkat jauh lebih tinggi.

Lebih menyedihkan lagi, faktor cuaca buruk turut menjejaskan industri kopi di negara jiran Brazil iaitu Colombia yang juga antara pengeluar kopi terbesar dunia, sudah pastinya ini akan memburukkan lagi pengeluaran kopi dunia.

Adakah pencinta kopi Malaysia juga akan turut terkesan?

Baca: Kedai Kopi Di Pulau Pinang Kenakan Cas 50 Sen Jika Pesan Makanan Tanpa Air, Rupanya Sebab...

Tak Order Air Kena Cas 50 Sen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.