in

Guru Memandu Maut Selepas Perodua Viva Dipandu Pelatih Dilanggar

Accident E1483930902492
Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang guru memandu berusia 45 tahun maut selepas terlibat dalam kemalangan bersama pelatih ketika sesi belajar memandu di KM 1.5 Jalan Ampang Pecah jam 2.45 petang, 4 Januari lalu.


Accident2
sumber: the star

Menurut The Star, ketika kejadian, mangsa, Zainal Azman Mohd Nadzir duduk di bahagian penumpang dan pelatih tersebut memandu Perodua Viva milik syarikat memandu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt R. Supramaniam berkata, mereka baru sahaja keluar dari kawasan sekolah memandu menuju ke jalan utama sebelum dilanggar dari arah belakang oleh sebuah lagi Perodua Viva yang dipandu dari arah bandar Kuala Kubu Bharu.

Mangsa mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk rawatan. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 4 petang,” kata Supramaniam.

Kemalangan itu menyebabkan mangsa cedera parah manakala pelatihnya, Muhammad Zulhelmi Zulkefli, 18, mengalami kecederaan ringan.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu menerima panggilan pukul 2.50 petang sebelum tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian.

Pasukan penyelamat dilaporkan mengambil masa selama 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. Selain kerosakan bahagian lain, pelanggaran itu telah menyebabkan kerosakan teruk di bahagian but kereta Perodua Viva sekolah memandu tersebut.

Accident
sumber: nst

Bagaimanapun, pemandu Perodua Viva yang melanggar kereta berkenaan dilaporkan tidak mengalami kecederaan. Polis mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.