in

“Van jenazah singgah sekolah” – Calon SPM Sempat Tatap Jenazah Bapa Kali Terakhir Sebelum Masuk Dewan Peperiksaan

Sedih Sebak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Saat pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lain sedang bersemangat untuk berjuang menjawab peperiksaan, dugaan menimpa seorang calon SPM ini apabila bapanya meninggal dunia sebelum dia menduduki peperiksaan.


Menurut Sinar Harian, keadaan tersebut lebih menyedihkan apabila pelajar itu diberi kesempatan untuk menatap wajah bapanya buat kali terakhir sebelum memasuki dewan peperiksaan. 

Video pelajar lelaki tersebut, Muhammad Haikal Iskandar Zamry, 18 yang kelihatan sebak ketika van jenazah yang membawa ayahnya ‘singgah’ di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Beluru tular lepas guru kaunselingnya, Badariah Mohd Mohaidin memuat naik ke Facebook.

Menghampiri pkl 10.00 pg utk peperiksaan Sejarah K2.. Van jenazah singgah ke sekolah.. Seorang ayah yg sudah tidak…

Posted by Badariah Mohd Mohaidin on Wednesday, February 24, 2021

 

Rakaman pelajar tersebut ternyata mengundang rasa sebak di kalangan netizen yang memahami situasi dialami pelajar tersebut.

Sedih

 

Jenazah dibawa ke sekolah kerana calon perlu menduduki peperiksaan 

Menurut Badariah, jenazah bapa pelajar berkenaan dibawa ke sekolah kerana pelajar itu tidak sempat melawat ayahnya di Hospital Taiping kerana perlu menduduki peperiksaan.

Ayahnya meninggal dunia semalam (Selasa) akibat masalah jantung dan kencing manis setelah dimasukkan ke hospital lebih seminggu lalu.

“Selepas menerima khabar duka itu, dia ada pergi hospital semalam (Selasa) untuk melihat jenazah ayahnya. Tetapi setibanya di sana, dia tidak dibenarkan masuk,” katanya.

151527209 2970082613229204 300708884683730917 N

Walau bagaimanapun, pihak sekolah telah membenarkan permintaan keluarganya untuk membolehkan Muhammad Haikal menatap wajah ayahnya buat kali terakhir sebelum dikebumikan di Kampung Tahan, Sauk pada jam 11.30 pagi.

“Haikal perlu menduduki peperiksaan sehingga petang. Jadi, peluang 15 minit itulah untuk dia melihat jenazah ayahnya sebelum menjawab kertas Sejarah yang bermula jam 10 pagi.

“Ketika waktu rehat, nampak dia menangis dengan tidak lalu makan dan minum. Kita sediakan bilik khas untuknya memandangkan emosinya masih tidak stabil,” katanya.

153265988 2970082826562516 5914877948730952945 N

154698832 2970082723229193 4000236388673539044 N

Tambah gurunya lagi, pelajar tersebut merupakan anak sulung dalam keluarga dan menjadi sandaran kepada dua adiknya ketika ibunya menjaga ayah mereka di hospital sebelum ini.

Al fatihah buat ayah kepada pelajar ini. Admin doakan semoga Muhammad Haikal berjaya dalam peperiksaan SPM nanti ye. Takziah dik. 

Baca: “What the f*ck! Sh*t!” – Guru Terkejut Kena Maki Dengan Calon SPM Sebab Tak Bagi Keluar Dewan 10 Minit Sebelum ‘Paper’ Habis

Ft Cikguimagine

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.