in

“Gila b*bi laju nak p mana??” – [Video] Penghantar Makanan Maut Digilis Lori Laju, Pemandu Lari Dari Lokasi Kejadian

Lori Rempuh

Semalam, tular sebuah video yang menunjukkan satu kemalangan melibatkan sebuah lori dengan beberapa kenderaan di jalan raya.

Menerusi video yang dikongsikan pengguna Twitter @JamalThaRebel, rakaman dashcam memaparkan sebuah lori yang dipandu laju telah merempuh penunggang motosikal yang juga seorang rider makanan. 

Lebih mengejutkan, pemandu lori terbabit kemudian dikatakan telah melarikan diri sebaik kenderaan yang dipandunya terbabas di bawah jejantas.

 

“Pemandu lori tu lari, rider Grab dah meninggal dalam ambulans” 

Menurut seorang netizen yang berada di tempat kejadian, penunggang motosikal yang berusia 35 tahun tersebut dilaporkan telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Serdang.

Pun begitu, mujurlah individu yang berada di tempat kejadian sempat mengajarkan ucapan dua kalimah syahadah kepada mangsa yang sedang nazak. Allahu… 

Rider

Apa-apapun menurut laporan Harian Metro, pemandu lori terbabit telah berjaya ditahan polis selepas menyebabkan kemalangan dengan lima kenderaan lain dekat sebuah hotel di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP). 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari’at berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku ketika lori yang dipandu suspek berusia 47 tahun bergerak dengan agak laju dan hilang kawalan selepas keluar dari susur Lebuh Bukit Jalil-Puchong.

“Disebabkan keadaan itu, lori berkenaan melanggar sebuah van sebelum merempuh sebuah motosikal Yamaha Y125ZR dan Perodua Axia dalam masa sama mengakibatkan penunggang motosikal berkenaan jatuh di lokasi kejadian.

“Lori berkenaan yang masih tidak dapat dikawal ketika itu kemudian melanggar belakang Perodua Myvi dan Toyota CHR sebelum terbabas di bawah jejantas dan terhenti di situ,” katanya.

Pemandu itu juga ditahan untuk jalani ujian alkohol dan urin. Menerusi semakan polis, pemandu berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semoga keluarga rider tersebut tabah hadapi dugaan ini. Al Fatihah… 

Baca: Warga Emas Cedera ‘Dibantai’ Pengguna Jalan Raya, Jadi Punca Rider Maut Dalam Kemalangan

Cedera

Sumber: Twitter