in

“Gerun!” – Macam Ombak Besar, Tular Kejadian ‘Awan Bergulung’ Di Changlun

Awan Bergulung Changlun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Awan bergulung seperti ombak besar yang muncul di ruang angkasa Changlun pada pagi tadi menggemparkan penduduk sekitar kawasan itu.

Memetik sumber portal tempatan, seorang kakitangan Universiti Utara Malaysia (UUM) menyedari awan bergulung tersebut kira-kira pukul 8.24 pagi tadi ketika keluar bersarapan pagi bersama suami dan tiga anaknya.


Katanya, fenomena awan terbabit dirakam kira-kira 10 minit dan itu kali pertama dia melihat keadaan awan seperti itu.

“Sebaik sahaja keluar dari kedai makan itu untuk menghantar anak ke kelas tuisyen, kami nampak awan rendah seperti dinding yang mana awan itu tebal bergulung-gulung seperti ombak besar.

“Itu kali pertama kami nampak keadaan awan seperti itu, memang menakutkan sebab ingat nak jadi puting beliung,” ujarnya.

Artikel berkaitan: “Benda apa tu?” – Fenomena Aneh, Awan Jatuh Buat Orang Ramai Bingung

Artikel berkaitan: [VIDEO] Cuaca Cerah Tiba-Tiba Jadi Gelap! Awan Hitam Selubungi Istanbul Selama 5 Minit

Katanya, awan yang dilihat dari arah Bukit Kayu Hitam itu menakutkan kerana ia kelihatan bergerak laju, namun keadaan di sekitar pada waktu itu tidak berangin mahupun hujan.

“Bimbang juga jika ia petanda nak ribut, namun di tempat saya ini hanya hujan rintik sedikit sebelum cuaca kembali panas,” jelasnya.

Berdasarkan carian di Internet, ia merupakan fenomena awan shelf cloud atau arcus cloud yang mana biasanya muncul sebelum ribut petir dan kebiasaannya datang bersama angin kuat, hujan lebat dan kadangkala kilat.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.