[VIDEO] Cuaca Cerah Tiba-Tiba Jadi Gelap! Awan Hitam Selubungi Istanbul Selama 5 Minit

Tambah ke Sumber Pilihan
[VIDEO] Cuaca Cerah Tiba-Tiba Jadi Gelap! Awan Hitam Selubungi Istanbul Selama 5 Minit

Penduduk di Istanbul, Turkiye diselubungi perasaan takut bercampur keliru apabila menyaksikan fenomena awan aneh di sekitar bandar itu.

Menerusi rakaman yang tular di media sosial, cuaca cerah tiba-tiba bertukar gelap seperti waktu malam.


Menurut laporan, kejadian berlaku ketika waktu siang pada 18 April selepas hujan lebat di sebelah petang. Kemunculan awan hitam gergasi itu telah membuatkan seluruh bandar itu menjadi gelap gelita selama lima minit.

Penduduk yang melihat fenomena terbabit menganggap kejadian itu sebagai tanda buruk selepas mengenang tragedi gempa bumi yang berlaku di negara itu beberapa bulan lalu.

Ada juga yang mengaitkan fenomena tersebut dengan peristiwa dukhan, iaitu asap yang akan keluar dari perut bumi sebagai tanda kiamat bakal bermula seperti yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW.

Bagaimanapun, pakar menjelaskan bahawa awan hitam seperti ini selalunya terdiri daripada kristal besar dan titisan air yang menyebabkan sinaran matahari tidak dapat menembusinya sekali gus menghasilkan fenomena ganjil ini.

Difahamkan, pembentukan awan itu dipanggil awan mammatus yang jarang berlaku di negara itu. Awan ini muncul dengan rupa berbonjol-bonjol, atau seperti gelembung buih.

Turkiye sejak beberapa hari ini mengalami cuaca panas dan cerah pada waktu pagi dan hujan lebat di sebelah petang.

Jabatan Meteorologi memaklumkan bahawa cuaca hujan akan berterusan di beberapa tempat sepanjang minggu ini.

Baca: “Macam UFO” – Formasi Awan Aneh Di Turki Buat Orang Ramai Bingung
1Awan

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Nisak
Lagi tulisan Nisak
Suka buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

[VIDEO] Cuaca Cerah Tiba-Tiba Jadi Gelap! Awan Hitam Selubungi Istanbul Selama 5 Minit
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/video-cuaca-cerah-tiba-tiba-jadi-gelap-awan-hitam-selubungi-istanbul-selama-5-minit/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM