in

“Selamatkan anak saya dulu!” – Ayah Sanggup Korban Diri, Minta Penyelam Selamatkan Anak Dulu Dari Mati Lemas di Laut

Korban Si Ayah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kasih ibu membawa ke syurga tapi kasih seorang ayah… untuk selamanya. 


Malang menimpa sebuah keluarga pelancong Arab apabila 2 anak dan ayah hanyut dibawa ombak laut ketika mereka sekeluarga pergi berkelah di Pantai Cenang, Langkawi pada Ahad lepas.

Menurut New Straits Times, tragedi ini telah mengorbankan si ayah, Husain Musaad Alawfi, 51 manakala anaknya pula berjaya diselamatkan seorang penyelam yang kebetulan berada di tempat kejadian. Allahu… 

 

Tengah seronok berkelah, tak sangka badai datang menghanyut dua anak 

Tragedi yang menimpa keluarga ini bermula apabila keluarga Arab tersebut dilaporkan bercuti di Langkawi dan bercadang untuk berkelah di Pantai Cenang sebelum kejadian tersebut berlaku.

Mangsa pada mulanya hanya bersantai dengan isterinya di tepi laut, manakala dua anak lelakinya, Abdul Rahman dan Yasir Hussain, 21 sedang mandi-manda di laut.

Walau bagaimanapun, ombak tiba-tiba mengganas dan kedua-dua anak mangsa terkapai-kapai lemas di tengah laut. 

Mujurlah seorang penyelam berusia 60 tahun, Ung Eng Huan yang kebetulan berada di tempat kejadian terdengar jeritan tolong 3 beranak dalam Bahasa Arab dan terus terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan mereka.

Ung 1
sumber: nst

“Kedua-dua anaknya dalam 20 meter jauh dari pesisir pantai pada masa itu. 

“Saya tahu saya kena tolong keluarga ini, jadi saya tanggalkan baju dan cermin mata serta terjun ke dalam laut juga. Pada masa tu ombak yang kuat telah menarik ketiga-tiga mangsa dalam 40 meter jauhnya daripada pantai,” jelas Ung.

 

“Kata-kata akhirnya, tolong selamatkan anak saya” 

Sungguhpun Ung mempunyai banyak pengalaman sebagai penyelam, ombak besar yang menghentam pantai ketika itu memang menyukarkan keadaannya untuk menyelamatkan mangsa.

“Saya terpaksa gunakan seluruh tenaga saya untuk berenang ke arah keluarga tu.

“Saya kemudian berjaya dapatkan ayah dan anaknya yang sedang berpaut pada sebatang kayu. Mereka memang nampak stress dan cuba meluahkan perasaan masing-masing dalam Bahasa Arab. Anaknya yang seorang lagi tak tahu ada di mana,” kata Ung lagi.

Unnamed 2
gambar hiasan

Tapi selepas terumbang-ambing beberapa minit di tengah laut, Husain kemudian meminta sesuatu pada Ung dalam Bahasa Inggeris.

Dia kata, tolong selamatkan anak saya.

“Sebagai seorang penyelam penyelamat, saya tahu saya hanya boleh selamatkan seorang mangsa dalam satu masa dan menyelamatkan kedua-duanya mungkin akan menyebabkan panik dan membahayakan kesemuanya. 

“Jadi saya ambil budak tu dan berenang ke arah batu berdekatan.” 

Ya Allah beratnya keputusan yang dia terpaksa ambil… 

 

Mayat ayah dijumpai 3 jam kemudian…

Ung yang kemudian berjaya membawa Abdul Rahman ke pesisir pantai cuba untuk menenangkan anak mangsa yang menjerit untuk ayahnya.

Tak lama lepas tu, pasukan Pertahanan Awam muncul memberi bantuan dan berjaya menyelamatkan seorang lagi saudara Abdul Rahman yang lemas. Walau bagaimanapun, tubuh Husain masih tidak temui sehinggalah 3 jam kemudian. 

Anak 2
Abdul rahman ditenangkan keluarganya | sumber: nst

Dimaklumkan bahawa keluarga ini telah pun berangkat pulang pada Isnin lepas dan Kedutaan Arab Saudi akan menguruskan jenazah mangsa pulang ke negaranya.

Al fatihah buat mangsa dan takziah buat keluarganya. Besar sungguh pengorbanan si ayah buat anaknya. 

Baca: Sedih! Dah Genap Setahun Dewi ‘Pergi’, Ayah Kongsi Momen Akhir Bersama Anak

Dewi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.