Minggu lepas kita dikejutkan dengan 2 kematian orang yang dikenali, pengasas Dnars, Faziani binti Rohban Ahmad dan chef selebriti, Muhammad Adam bin Mahamed Ismail atau dikenali dengan panggilan Adamdidam.
Kedua-duanyanya pergi dalam keadaan dicemburui kerana dijemput Ilahi pada bulan mulia, bulan Ramadan. Begitu juga dengan kisah seorang gadis dari Kedah ini yang sangat beruntung.
Insyirah Az-zahra Mohd Jasni, 21, maut selepas kereta dinaikinya terlibat dalam kemalangan, lapor Berita Harian. Kejadian berlaku di Bukit Kachi, Changlun petang semalam ketika Insyirah dalam perjalanan pulang ke kampus UUM di Sintok dari rumahnya dekat Sungai Petani, Kedah.
Kereta Perodua Kenari yang dipandu Insyirah dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan menyebabkannya bertembung dengan sebuah lori tanah.
Mengapa kematiannya dicemburui?
Insyirah bukan sahaja dicemburui kerana meninggal dunia di bulan Ramadan, tetapi juga kerana ramai yang sanggup tunggu di masjid di Masjid Al-Muttaqin, Taman Ria, Sungai Petani
Melalui satu posting di Facebook, ramai jemaah yang berada di masjid menunggu arwah selepas solat terawih untuk menyempurnakan solat jenazah sehinggalah selesai urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Taman Kelisa.
MasyaAllah… Kematian yang dicemburui.. Meninggal dunia dalam bulan Ramadan, bulan penuh barakah dan keampunan.”
Abang arwah juga sempat muat naik status di Facebook ibu mereka, Ummi Azzahra memaklumkan pemergian adiknya yang tersayang itu.
Baca: “Allahu, pergi dalam bulan mulia” – Pengasas Kosmetik Terkenal Maut Dalam Nahas di Thailand