in

Gelagat Lucu Bila Bapa Jaga Anak, Sampai Tersangkut Baju Dekat Kepala, Mak Buat Elok Je

Feat Baby Mandi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi kebiasaan bagi para ibu untuk menguruskan hal-hal berkaitan anak terutama anak yang masih kecil.


Namun, apabila tugas menjaga anak kecil ini diberikan kepada para bapa, sudah semestinya akan menimbulkan adegan-adegan lucu yang menghiburkan hati.

Sama halnya yang berlaku dengan gelagat bapa ini yang cuba untuk membuka baju anaknya untuk dimandikan.

Rakaman video itu telah dimuat naik di aplikasi TikTok oleh pemilik akaunnya iaitu @fannikhuu yang memperlihatkan perbezaan antara si ibu dan si ayah dalam tugas memandikan anak kecil mereka.

Untuk tonton video ini, korang boleh klik link ini.

Mandi Baby 1

 

Turn mak elok je, sampai turn bapak… 

Dalam video yang berdurasi selama beberapa saat itu, si ibu dilihat tidak kekok langsung ketika membuka baju anaknya untuk dimandikan. Bak kata orang, ‘smooth’ sahaja.

Mak Mandi Anak

Namun, sebaliknya pula berlaku semasa tiba giliran si bapa ketika melakukan perkara yang sama.

Si bapa dilihat mengalami kesukaran dan lebih ‘struggle’ ketika hendak menanggalkan baju anaknya sampai tersangkut dan tertutup muka si anak dikerjakannya!

Bapak Mandi 2

Muka anaknya itu pun kelihatan ‘blur’ dan pasrah melihat gelagat bapanya yang kekok untuk melakukan tugas tersebut.

Video itu telah berjaya meraih sebanyak lebih daripada 50,000 tontonan. Rata-rata netizen telah memberikan komen-komen kerana gelagat kekok si bapa itu sangat melucukan.

 

Bapa di mana-mana pun sama – Netizen

Komen Baby 1

Komen Baby 2

Komen Baby 3

Walaupun cara berbeza, yang penting kasih sayang antara ibu dan bapa terhadap anak tu tetap sama.

Baca: [Video] “Comel!” – Netizen terhibur gelagat bapa men’gulung’ bayinya persis kebab

Baca Baby 1

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.