“Gayatnya!” – Pekerja Pencawang Elektrik Berani ‘Nap’ Sambil Terapung di Udara

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kalau tengah bekerja tu, mesti kita nak rehat sekejap dalam 10-15 minit. Nak refresh otak dan rehatkan badan sekejap, betul tak? Ada orang ‘nap’ dekat surau lepas solat tapi ada juga yang tunduk letak kepala atas meja je.

Itu kalau kerja dekat office lah. Macam pekerja-pekerja elektrik ni semua buat kerja outdoor, mana ada office ke apa kan. So, cara dorang ‘nap’ ni memang menggerunkan! Menurut Nextshark, sebuah video viral dekat internet baru-baru ni menunjukkan pasukan pekerja elektrik dekat wilayah Hunan, China tengah berehat.

Apa yang buat video ni jadi perhatian ramai is because dorang ni selamba je ‘nap’ sambil terapung di udara tu! Pasukan ni hanya mengharapkan tali keselamatan yang dipasangkan dekat seluruh badan. So, kiranya dorang tidur sambil tergantung. Bapak berani!

Sumber: SCMP

Kalau korang nak tahu, dorang berehat dan tidur pada ketinggian 50 meter tau! Ada yang menyandar dan ada yang duduk atas besi menara pencawang elektrik tu untuk lelap sekejap ketika syif bekerja. Perkara ini memang dah jadi kebiasaan sebab dorang hanya turun dari menara pencawang tu kalau nak makan je. 

Sumber: SCMP

Ramai netizen yang tonton video tu mengaku yang dorang sendiri pun rasa seriau bila tengok pekerja ni semua tidur macam tu. Walaupun dorang salute keberanian pekerja ni, tapi netizen juga nasihat supaya dorang berhati-hati.

“Tolong berhati-hati dan pulang rumah dengan selamat.”

Tonton video viral tu dekat bawah:

Admin pun seriau tengok wehhh!

Baca: “Masuk air” – Bosan Kerja, Kerenah ‘Gila-gila’ Pencuci Bangunan Main Tiktok Ini Buat Netizen Terhibur

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!