in

“Masuk air” – Bosan Kerja, Kerenah ‘Gila-gila’ Pencuci Bangunan Main Tiktok Ini Buat Netizen Terhibur

Cucibangunan7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebenarnya tak kira lah kita kerja apa sekalipun, kalau dah enjoy mesti jadi seronok. Kalau terlalu fokus pada kerja sepanjang masa pun boring juga kan?


Mestilah kita kena ada hiburan sedikit, bila tengok ‘kepala gila-gila’ Hanzalah Hani bersama rakan sekerjanya, ia begitu mencuit hati netizen. Tersenyum sorang-sorang tengok kerenah diaorang ni.

 

Bila dah masuk air bosan sangat kerja serius enjoy dohhh”

Bagi pemuda ini, tak dinafikan ada sahaja tekanan kerja tapi jika kita suka dengan pekerjaan itu, apa jenis kerja sekalipun pasti kita akan ikhlas melakukannya.

“Kadang tak semua orang boleh rasa enjoy kerja, btw kerja ni sama je mcm kerja kerja lain, kadang enjoy kadang stress tapi for me, dapat buat apa yang kita suka dah boleh buat kan kita ikhlas untuk kerja.”

Cucibangunan Cucibangunan2 Cucibangunan3

Ternyata ia benar-benar menghiburkan netizen, buktinya dalam masa 2 hari sahaja ia dimuat naik, lebih daripada 12,000 retweet telah berjaya diraih.

Tengok diaorang best je menari padahal admin yang tengok dari jauh ni pun rasa gayat. Dalam masa yang sama mereka suka melihat gelagat pasukan pencuci bangunan ini yang comel.

 

Aku tengok pun dah gayat – Netizen

Cucibangunan6 Cucibangunan4 Cucibangunan5

Bahkan jumlah retweets itu juga sebagai tanda sokongan netizen terhadap mereka yang sanggup terdedah dengan bahaya dalam melaksanakan tugas mereka.

Adamin salute dengan mereka ni. Semoga mereka ini dilimpahi rezeki. Amiinn.

 

Baca : Pakar Ekonomi Saran Mahasiswa Kerja Part Time Sebagai Tukang Cuci

Tukangcuci

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.