Gara-gara Terpengaruh Dengan Tiktok Suicide Challenge, Budak 12 Tahun Ditemui Mati Bunuh Diri

Tambah ke Sumber Pilihan
Gara-gara Terpengaruh Dengan Tiktok Suicide Challenge, Budak 12 Tahun Ditemui Mati Bunuh Diri

Sumber: Daily Star

Era milenial kini, semakin ramai golongan muda yang terjebak untuk meniru dan mencuba pelbagai challenge yang ‘viral’ di laman sosial semata-mata untuk mengejar populariti dan dianggap up-to-date dengan trend-trend terkini.

Tapi pernah tak korang terfikir bahawa challenge-challenge sebegini walaupun dianggap sebagai hiburan namun boleh mendatangkan kesan buruk kepada sesetengah individu sehingga boleh membawa maut?

Beberapa hari yang lepas, seorang budak lelaki dari Chile yang baru berusia 12 tahun telah ditemui mati oleh ibu bapanya di dalam biliknya.

Bunuh diri sebab TikTok Suicide Challenge

Menurut Daily Star, budak lelaki itu dikatakan telah menyahut cabaran dengan melakukan TikTok Suicide Challenge sehingga sanggup membunuh dirinya sendiri!

Dia yang dikenali sebagai Colbert Munoz telah terpengaruh dengan media sosial sewaktu tempoh lockdown di kawasan tempat tinggalnya gara-gara pandemik Covid-19.

Apa yang menyedihkan, tubuhnya yang terbaring tidak bernyawa telah dijumpai oleh ibu bapanya yang dikenali sebagai Luis Munoz (bapa) dan Katiuska Beltran (Ibu) di dalam biliknya dengan skrin komputer yang masih terpasang.

Feat Muka

‘Timer’ di skrin komputer

Pasangan itu mendedahkan bahawa skrin komputer yang masih terpasang itu telah menunjukkan pemasa di skrinnya yang menyebabkan mereka mengesyaki bahawa anaknya itu mengalami tekanan untuk menamatkan challenge yang ‘menakutkan’ itu.

Menurut pihak berkuasa tempatan, punca kematian tragis budak lelaki ini lebih menjurus ke arah bunuh diri, namun pihak penyiasat masih menyiasat sebarang kemungkinan lain dengan menjalankan siasatan lanjut ke atas handphone milik kanak-kanak malang itu.

Ibu mangsa mendakwa bahawa pandemik Covid-19 menyebabkan anaknya itu mengalami stres yang melampau. Ini menyebabkan anaknya itu banyak menghabiskan masanya dengan media sosial.

‘Jahat’ dan ‘syaitan’

Tambahnya lagi, anaknya itu terlampau ‘taksub’ dengan dunia maya disamping dia turut menggelarkan pencetus challenge-challenge di media sosial ini sebagai ‘jahat’ dan ‘syaitan’.

Menurut bapanya pula, anak lelakinya itu semakin terjebak dalam pelbagai aplikasi media sosial terutamanya TikTok. Bukan itu sahaja, anaknya itu juga dikatakan sering berangan untuk menjadi popular dan terkenal.

Tiktok MuaSumber: Daily Star

Luis turut membandingkan aplikasi media sosial itu sama seperti ibu bapa yang memberi anak-anak mereka bermain pistol sebenar dimana mereka mengisi sendiri pistol itu dengan peluru apabila mereka semakin terjebak dengannya.

Tambahnya lagi, dia turut menasihati para ibu bapa supaya sentiasa berasa risau dengan keadaan anak-anak dan jangan beri handphone kepada anak-anak semata-mata untuk berasa lebih tenang dan lari dari tanggungjawab.

Hah, yang mana suka buat challenge TikTok yang merapu tu, dah boleh slow-slow ‘bertaubat’ rasanya.

Baca: Netizen Kecam TikTok #FlightAttendantChallenge Azfar Rovski Sebab Tak Sensitif? Baca Tiktok

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Mastura
Lagi tulisan Mastura
Seorang yang 'perfectionist' dan agak cerewet. 'Hantu' sudoku tapi bencikan Maths. Seorang karnivor sejati dan sentiasa on time. Masih bergelar seorang penulis bbnu

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Gara-gara Terpengaruh Dengan Tiktok Suicide Challenge, Budak 12 Tahun Ditemui Mati Bunuh Diri
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/gara-gara-terpengaruh-dengan-tiktok-suicide-challenge-budak-12-tahun-ditemui-mati-bunuh-diri/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM