Sebelum ini hangat isunya diperkatakan apabila Azfar Rovski bersemuka dengan orang yang bodyshame dirinya berkenaan dengan ‘kelemahan’ pada fizikalnya.
Lawak yang berunsurkan buli siber itu telah membangkitkan kesedaran orang ramai untuk jaga sensitiviti terhadap sesuatu perkara.
Namun begitu, ia seperti memakan dirinya apabila lawak yang cuba dikongsikan di media sosial baru-baru ini rupanya telah mendatangkan rasa kurang senang netizen.
Takde human sensitivity – Netizen
Terbaru ini, TikTok sekarang sedang trending dengan #FlightAttendantChallenge dimana seorang gadis yang dikatakan seorang pramugari dari Filipina menyarankan orang ramai untuk cuba membuat pengumuman ketika berada diatas kapal.
Sudah semestinya trend itu akan menjadi ikutan dan akan dikongsikan dimana-mana platform media sosial sebagai bahan hiburan warganet.
Antara selebriti yang mengikuti challenge ini adalah Zulin Aziz dan beberapa influencer lain termasuklah Azfar Rovski sendiri.
Tanpa diduga, ia telah mendatangkan kecaman kerana berkata sebegini:
Is being albino a free pass making insensitive joke (not even funny) like this? pic.twitter.com/5QceZlXQva
— 𝑨𝒌𝒂𝒖𝒏𝑨𝒏𝒐𝒏 🇲🇾 (@AkaunAnon) September 7, 2020
Azfar cuba melawak dengan memberikan situasi jika berlaku kemalangan dalam kapal terbang. Bagi netizen, situasi sebegitu tak sepatutnya dijadikan bahan jenaka, malah ada yang mengungkit dengan kaitkan isu bodyshaming yang pernah terjadi kepada dirinya.
Azfar mohon maaf
Bagaimanapun, Azfar telah memberi keterangan ekoran dengan penularan video tersebut walaupun telah dipadamkan.
Azfar menjelaskan bahawa dia telah tersilap tafsir dengan apa yang dilakukannya setelah ada orang kaitkan hal isu ini dengan kes kapal terbang terhempas.
Katanya lagi, dia telah menyampaikan mesej yang salah untuk dijadikan bahan jenaka dan dengan rasa rendah diri Azfar telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka di Twitternya.
Boleh baca penjelasannya disini…
I don’t get why everything I do people gotta relate with my condition.
First and foremost, I apologize if it seemed insensitive. It was never my intention to make fun of an incident that happened several years ago. In fact, I didn’t even mention anything about any incident. https://t.co/8rwlDJIL7l
— Azfir (@Azfarovski) September 7, 2020
Hurm, semua orang buat silap kan? Jadi, sama-samalah kita ambil ikhtibar untuk berhati-hati dalam melakukan sebarang jenaka.