Kalau berbuka dekat luar, mesti akan terkejar-kejar nak solat maghrib kan? Nak solat dekat rumah takut tak sempat, so, baik solat dekat surau tempat yang kita berbuka.
Korang yang perempuan mesti perasan kalau waktu solat maghrib je mesti surau full gila sampai nak masuk pun tak boleh. Kalau boleh masuk sekali pun, mesti kena beratur and tunggu sampai ada tempat kosong. Memang surau wanita waktu maghrib pack macam tin sardin. Sumpah!
Situasi ini turut dialami oleh gadis ini dan rakan-rakannya waktu nak solat maghrib selepas selesai berbuka.
Janji sempat solat maghrib
Menerusi satu perkongsian video di Tiktok yang dimuat naik oleh Sry Khairudin semalam yang mendapat hampir 400 ribu views dengan hampir 60 ribu likes dan lebih 400 share, gadis ini berkongsi kisah dia dan rakan-rakannya terpaksa beratur panjang sebab surau wanita penuh selepas selesai berbuka puasa di Pavillion.
@srynotsri Beratur panjang, tengok time tak sempat. Hence, we improvised. Salam 10ramadan terakhir! ❤️#tiktokmalaysia #foryou #fyp #foryoupage
“Bila tengok jam macam tak sempat je nak solat maghrib.”
Demi mengejar waktu solat, diorang pun ambil keputusan untuk solat dekat sebelah kereta diorang di kawasan tempat letak kereta.
Nasib baik ada ruang kosong untuk diorang solat dekat situ. Telekung dan sejadah pun dah bawa siap-siap, so boleh la diorang nak solat kat situ terus.
Patut dinormalisasi dalam masyarakat
Di ruangan komen, ramai yang cakap perbuatan sekumpulan gadis ini bagus dan patut dijadikan amalan yang normal di Malaysia sebab solat tak semestinya kena dilakukan di surau. Betul tak? Selagi tempat tu bersih dan diri kita pun dah bersih serta berwuduk, dekat mana-mana pun boleh solat.
Dengan cara macam ni la kita boleh nampak sebenarnya Islam itu mudah. Tak ke gitu?
Sumber: Sry Khairudin