in

“Sangat relatable!” – Lelaki Luah Rasa ‘Geram’ Selalu Kena ‘Scam’ Dengan Perodua Kancil

Kena Scam Dengan Kancil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemandu kereta di Malaysia mesti sangat familiar dengan kereta ikonik tempatan iaitu Perodua Kancil kan?


Kereta hatchback keluaran jenama tempatan Perodua ini dikeluarkan pada tahun 1994 sehingga 2005 dan masih banyak digunakan sehingga ke hari ini, Perodua Kancil ini juga terkenal dengan saiznya yang kecil dan mempunyai ketahanan yang tinggi.

Pun begitu, dek kerana saiznya yang kecil ia sering membuat ramai ‘tertipu’ terutamanya di tempat letak kereta atau parking lot.

Sama seperti luahan lelaki ini di laman LinkedIn miliknya, dia menyatakan rasa ‘geram’ terhadap ikon automotif negara itu ketika sedang mencari parking di pusat-pusat membeli-belah.

Fvqyhpeakaaoj9T

Klik di sini untuk posting penuh.

“Saya rasa ia (Perodua Kancil) direka hanya untuk melakukan penyeksaan psikologi!!

Begitu banyak kali selepas memandu di sekitar tempat letak kereta pusat membeli-belah (seperti One Utama atau Mid Valley) selama 15 hingga 20 minit mencari tempat letak kereta dan apabila saya terjumpa tempat yang kosong saya jadi gembira!

Apabila saya menghampiri tempat letak kereta tersebut, tiba-tiba ada sebuah Perodua Kancil yang tersorok dan sukar untuk dilihat telahpun parking di situ! Ahhhh!” tulisnya. 

Rata-rata netizen berkongsi pengalaman yang hampir sama dengan individu tersebut malah ada juga yang mengatakan Perodua Kancil mempunyai ‘adik’ iaitu Perodua Kelisa dan Perodua Axia!

Kncil

Mesti ramai pun pernah kena jugak kan?

Baca: [VIDEO] Dulu Naik Motor, Wanita Bersyukur Akhirnya Dapat Beli Kancil Guna Duit KWSP

Kereta Kancil Baru Beli Kwsp 10K

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.