in

“Saya tak menyesal”- Berhenti Kerja Makan Gaji & Jadi Pemandu Grab Sebab Nak Kejar Solat Jemaah, Lelaki Tak Sangka…

Cats 51

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rezeki masing-masing berbeza-beza. Ada yang rezeki dia dapat luangkan masa yang banyak dengan keluarga, ada yang rezeki dia dapat harta yang melimpah dan banyak lagi. Boleh kata setiap benda baik yang kita dapat tu kira rezeki la. Rezeki itu luas.


Ada sorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Redza Zainol berkongsi kisah di facebook tentang dia bertemu dengan sorang pemandu Grab baru-baru ini.

Menerusi perkongsian oleh doktor tersebut semalam yang mendapat lebih 12 ribu likes dan 6 ribu share, dia menceritakan pada ketika itu dia menggunakan perkhidmatan Grab tersebut untuk pulang ke rumah lepas waktu bekerja.

Ym

“Mulanya niat nak fokus siapkan kerja tapi bila dengar pemandu tu bercerita, saya terus angkat kepala dan letak handphone ke tepi.”

Pemandu Grab itu cerita yang rezeki dia setakat bawa Grab sahaja sebab dia cuma belajar sehingga SPM dan dapat pangkat 4.

“Saya pula memang jenis yang tak boleh tahan bila dengar orang cakap gini. Laju je saya balas, rezeki Allah ni tak kira belajar tinggi-tinggi ke tak.”

Tengah seronok bercerita, pemandu Grab tersebut beritahu yang dia sebenarnya bawa Grab sebab sudah lama tidak solat berjemaah. Memang terkedu doktor tu weh! Rasa macam hati tertusuk.

Kata lelaki itu, dia terlalu rindu nak bersolat jemaah sehingga nekad untuk berhenti kerja sebagai pembuat murtabak di sebuah kedai makan.

Obj22920497 1592123583

Lebih mengejutkan apabila pemandu Grab itu berkongsi kisah gembira mengenai rezekinya yang makin melimpah sejak dia rajin solat jemaah sehingga mampu beli satu lagi rumah yang dijadikan homestay.

Bukan itu sahaja, kalau isteri dia ajak pergi mana-mana pun, dia boleh terus cuti tanpa perlu kejar apa-apa kecuali mengejar solat jemaah.

“Rasa berjurai air mata ni bila dengar dia cakap macam tu. Allah, terasa kerdil betul diri ini.”

Doktor tersebut terus muhasabah diri dan menganggap yang pertemuan dia dengan pemandu Grab itu juga merupakan satu rezeki yang besar untuk dirinya.

Allahu, terkedu dengar cerita pemandu Grab ni. Rasa macam kerdil betul kalau dibandingkan dengan kita yang entah bila kali terakhir solat jemaah di masjid.

 

Sumber: Redza Zainol

Baca:Satu Keluarga Boleh Rapatkan Saf Jika Berjemaah Dalam Masjid Di Perlis Mulai Esok

Capture 41

Sumber: Facebook
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.