Bagi para wanita, semestinya mereka mempunyai hobi mengumpul Tupperware di rumah. Terdapat pelbagai jenis Tupperware yang dikumpul sebagai koleksi dan dipamerkan dalam almari.
Bukan sahaja cantik dan tahan lama, namun harganya yang agak mahal menyebabkan ibu-ibu menjaga dengan baik segala koleksi Tupperware yang dimilikinya. .
Kalau hendak menggunakannya, si bapa atau anak-anak perlu meminta izin terlebih dahulu dan disertakan dengan pelbagai peringatan panjang lebar seperti “Jangan berani hilangkan!”
Sudah pasti anak-anak tidak berani untuk menghilangkannya apabila mendengar amaran tersebut. Tak mustahil ada yang takut untuk berterus-terang apabila telah menghilangkan Tupperware kesayangan ibunya.
Lebih baik hilang duit dari hilang Tupperware mak.
Namun, malang bagi seorang mahasiswa ini apabila dia secara tidak sengaja telah menghilangkan botol air dari jenama Tupperware milik ibunya ketika menyertai demonstrasi jalanan di Indonesia baru-baru ini.
Perkongsian ini telah dibuat oleh sepupu lelaki berkenaan yang telah memuat naik status di laman Twitter miliknya dengan tujuan untuk meminta bantuan netizen untuk tolong mencarikan botol air Tupperware yang hilang itu.
Tak berani balik rumah
Pemilik akaun dengan nama @Unpadfess telah memuat naik caption yang bertulis
“Kawan-kawan yang berada di Bandung, kalau terjumpa botol Tupperware ungu di bahagian bawahnya tertulis huruf RZ, tolong beritahu. Kesian dengan sepupuku tak berani balik ke rumah”
Pemilik akaun berkenaan telah mengatakan bahawa sepupunya telah kehilangan botol air Tupperware yang berwarna ungu ketika menyertai demonstrasi jalanan di Bandung.
Di bawah botol tersebut terdapat huruf RZ yang menandakan botol itu kepunyaan sepupunya. Dia telah meminta netizen yang turut menyertai demonstrasi jalanan tersebut untuk memberitahunya sekiranya ada terjumpa dengan botol air tersebut ketika di sana.
Menurutnya lagi, sepupunya itu takut untuk balik ke rumah kerana bimbang dimarahi oleh ibunya kerana menghilangkan botol air tersebut.
Tupperware hilang, panik lari ke rumah orang
Dalam postingan itu juga, pemilik akaun itu turut memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan screenshot mesej perbualan dengan sepupunya itu.
Dalam mesej tersebut, kakak sepupunya bertanyakan keberadaan lelaki berkenaan sama ada dia sudah balik ke rumah atau belum.
Balasan daripada lelaki berkenaan amat mencuitkan hati apabila dia mengatakan bahawa dia sedang berada di rumah kawannya.
Dia juga turut memberitahu bahawa dia takut untuk pulang ke rumah gara-gara telah menghilangkan botol air Tupperware milik ibunya.
Sepupunya itu turut bertanyakan kakak saudaranya sekiranya dia mempunyai botol air Tupperware ungu untuk dipinjam buat sementara.
Balasan mesej kakak saudaranya turut menghiburkan hati apabila dia menyindir sepupunya yang tidak takut polis dan wabak Covid-19 ketika berdemonstrasi tetapi takut pula apabila menghilangkan bekas Tupperware sehingga lari ke rumah orang.
Berlagak sangat kau dengan polis dan virus tak takut, Tupperware hilang terus panik lari ke rumah orang.
Marahnya polis tak setanding marahnya ibu kehilangan Tupperware – Netizens
Postingan ini telah berjaya meraih sebanyak 6,000 likes dan 2,000 retweets. Rata-rata netizen memberikan komen kerana terhibur dengan gelagat lelaki ini.
Ada yang turut menceritakan kisah lalu mereka pernah kehilangan Tupperware milik ibu.
Dasyat penangan ibu kalau Tupperwarenya hilang.
Botol air Tupperware berjaya dijumpai
Hasil tularnya postingan berkenaan, ada seorang individu telah tampil memaklumkan bahawa dia telah menemui botol Tupperware berwarna ungu seperti yang telah diberitahu mahasiswa itu ketika turut menyertai demonstrasi jalanan tersebut.
Alhamdullilah, kuasa viral. Nasib baik jumpa, kalau tidak tak tahulah apa nasib.
Baca: “Habislah kau” Tak Sengaja Pecahkan Mangkuk Ibunya, ‘Nyawa’ Lelaki Ini Dalam Bahaya