in

Gara-Gara Bengang Ditegur, Lelaki Ini Belasah Isteri & Ibu Kandung

Pemudabelasahibuisteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keras mana pun hati seseorang pasti tak sanggup nak kasari ibu bila umur dah matang kan? Kalau tertinggi suara sikit lepastu mesti rasa bersalah apatah lagi nak pukul!


Niat nak menegur je tapi, bengang sampai belasah isteri malah ibu kandungnya kerana memandu dalam keadaan mabuk. Hmm, memang patutpun lelaki berusia 40-an ini ditahan!

 

Menumbuk, menendang dan menampar

Insiden mula tercetus apabila anak lelaki pasangan ini menghubungi isteri memaklumkan bahawa dia memandu kereta dalam keadaan mabuk kira-kira pukul 1.30 pagi.

Disebabkan itu isterinya meminta agar lelaki tersebut untuk berhentikan kereta. Menurut Kosmo, sewaktu tiba dirumah pada waktu petang, dia bertindak menumbuk, menendang dan menampar isterinya.

“Suspek turut memukul ibunya berusia lingkungan 60-an yang berada di lokasi kejadian”– Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar

Bagaimanapun lelaki tersebut telah ditahan setelah isterinya membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Dia dikenakan tindakan mengikut Seksyen Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994

 

Baca : Baru Dua Hari Dijaga Pengasuh, Pipi Bayi Lebam Dan Puting Pecah Sebab Kena Pukul

Lebam Muka

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.