in

Gara-gara Bagi Signal ‘Last Minute’, Driver Kereta & Penunggang Motor Bertekak Tepi Jalan

Moto 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebiasaannya, kes kemalangan berlaku berpunca daripada sikap cuai pengguna jalan raya dan mereka yang terlibat dalam kemalangan akan menyelesaikan secara baik. Namun, ada juga sesetengah pihak yang tidak mahu mengalah dan mencari salah masing-masing.


Semalam, tular di X satu video memaparkan pergaduhan mulut antara pemandu kereta dan penunggung motosikal di tepi jalan raya. Juga dimuat naik dalam hantaran yang sama, video rakaman dashcam milik penunggang motosikal tersebut.

Kereta tukar laluan tiba-tiba

Dalam rakaman dashcam itu, sebuah motosikal sedang melalui jalan yang sesak sehinggalah ada sebuah kereta yang tiba-tiba mahu menukar laluan di sebelah. Disebabkan itu, penunggang motosikal tersebut tidak sempat brek lalu dia bergesel dengan bahagian hadapan kiri kereta berkenaan.

Mujur penunggang motosikal tersebut sempat mengelak sedikit tetapi bumper bahagian hadapan kereta tertanggal akibat pelanggaran itu.

Dah bagi signal tapi..

Video lain dalam hantaran itu menunjukkan pertengkaran yang berlaku antara penunggang motosikal dan pemandu kereta berkenaan. Mereka dikatakan tidak berpuas hati antara satu sama lain sehingga menyebabkan pergaduan itu berlarutan.

Artikel berkaitan: “Dia dah bagi signal kan” – ‘Rider’ Sepak ‘Side Mirror’; Kereta Porsche Sampai Pecah

Artikel berkaitan: “Sampai helmet pecah” – Penunggang Motosikal Maut Terpelanting Gara-gara Berlanggar Dengan Pemandu Tak Beri Signal

Berkali-kali pemandu kereta itu memberitahu dia sudah memberi signal untuk masuk ke laluan sebelah namun penunggang motosikal itu ‘mengajar’ pemandu itu agar tidak masuk ke laluan sebelah secara tiba-tiba walaupun sudah memberi signal.

Dalam masa yang sama, bapa kepada pemandu kereta itu terpaksa menjadi orang tengah untuk meredakan keadaan dan meminta maaf kepada penunggang motosikal atas kecuaian anaknya memandu kereta.

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen turut memberi pandangan mereka mengenai situasi yang berlaku itu.

Moto 1 Moto 2 Moto 3

Kalau macam ni, min rasa better serahkan kepada pihak polis untuk selesaikan.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.