in

“Sampai helmet pecah” – Penunggang Motosikal Maut Terpelanting Gara-gara Berlanggar Dengan Pemandu Tak Beri Signal

Untitled Design 2022 04 19T151009.245

Kemalangan jalan raya merupakan antara perkara yang ditakuti oleh pemandu kereta dan penunggang motosikal, ia adalah sesuatu yang tidak dijangka dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman Twitter dan TikTok dimana sebuah kereta berwarna putih membelok tanpa memberikan signal dalam keadaan yang agak perlahan, lalu sebuah motor yang sedang laju terlanggar kereta tersebut sehingga terpelanting.

Cats 17

Untuk video klik di sini.

Difahamkan, pemandu tersebut cuba untuk lari tetapi sudah pun ditangkap. Penunggang motor itu pula dikatakan sudah meninggal dunia, dia merupakan pembantu perubatan di Hospital Temerloh.

Menurut sepupunya, kemalangan tersebut berlaku ketika mangsa baru sahaja pulang daripada kerja.

Twtacc

Selain itu, kebanyakan netizen marah dengan insiden tersebut, bagaimanapun ramai juga yang turut bersimpati atas kemalangan tersebut. Tidak kurang juga yang menyarankan keluarga mangsa untuk menyaman pemandu kereta tersebut.

Twtacc2

Semoga arwah ditempatkan di kalangan yang beriman, berhati-hati di jalan raya ok guys? 

Baca: “Aduh pak!”- Lelaki Lupa Isteri Ada Atas Motor Terus Turun Nak Bantu Mangsa Kemalangan, Akhirnya...

Untitled Design 2022 04 19T150834.120