in

Gangguan Emosi & Tidak Bekerja, Didakwa Punca Lelaki ‘Seksa’ Kucing Dengan Batu Bata

Seksa Kucing Dengan Baling Batu Bata Netizen Gesa Polis Cari Individu Sampai Dapat 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, sebuah video rakaman litar tertutup (CCTV) tular di media sosial di mana seorang individu bertindak ‘mengumpan’ seekor kucing dengan makanan sebelum membaling objek yang dipercayai batu sehingga kucing tersebut menggelupur kesakitan.


Hari ini, pelaku tersebut dikatakan telah ditahan pihak polis dan insiden itu berlaku di Semeling, Sungai Petani, Kedah.

Seksa Kucing Dengan Baling Batu Bata Netizen Gesa Polis Cari Individu Sampai Dapat

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, polis menerima laporan polis daripada seorang lelaki yang mendakwa berlaku penganiayaan terhadap kucing di hadapan premis tempat kerjanya.

“Susulan itu, satu tangkapan dibuat ke atas seorang lelaki berusia 27 tahun di rumahnya dekat Kampung Pengkalan Merbok, Bujang, Kedah pada jam 1.29 petang Isnin,” katanya.

Selain itu, Zaidy turut memberitahu selepas siasatan awal, lelaki berkenaan dipercayai sedang menghadapi gangguan emosi kerana tidak bekerja.

“Temu bual awal dengan ahli keluarga suspek juga mendakwa lelaki tersebut adalah seorang pencinta kucing dan telah banyak memelihara haiwan tersebut di rumah sebelum ini,” katanya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan iaitu khianat terhadap haiwan dan kes juga disiasat bawah Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Difahamkan, susulan insiden tersebut Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah telah menyelamatkan kucing berkenaan dan diberikan rawatan sewajarnya.

Ingat ya, haiwan juga makhluk ciptaan Tuhan…

Baca: Seksa Kucing Dengan Baling Batu Bata, Netizen Gesa Polis Cari Individu Sampai Dapat!

Seksa Kucing Dengan Baling Batu Bata Netizen Gesa Polis Cari Individu Sampai Dapat 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.